07 March, 2020

AGENDA JAHAT BURUKKAN UMNO


1. Belumpun sampai seminggu usia kerajaan Perikatan Nasional (PN), sudah ada usaha mahu mengancam dan memperlekehkan UMNO oleh beberapa kelompok, antaranya NGOs yang nampak seolah-olah pro-UMNO.

2. Kelompok ini menyerang UMNO, BN dan MN secara halus dengan meratibkan label seperti "tamak kuasa", "gila kuasa" dan pelbagai gelaran jelek terhadap UMNO. 

3. Mereka berselindung atas nama 'rakyat', tapi hakikatnya mereka amat taksub dan menjadi alat pemimpin tertentu yang punya agenda peribadi.

4. Kelompok ini mendakwa kononnya merekalah penyelamat dan pejuang UMNO sehingga parti itu mampu bangkit semula. Seolah-olah UMNO dan pemimpinnya tak berbuat apa-apa untuk memulihkan parti.

5. Atas alasan itu, mereka memainkan saranan agar UMNO tidak ambil apa-apa jawatan dalam kerajaan PN, UMNO jangan gila kuasa kata mereka, dan kononnya sikap itulah punca kekalahan BN dalam PRU lalu. 

6. Niat mereka mahu melihat UMNO menjadi melukut di tepi gantang dalam PN. Mereka bimbang UMNO turut terlibat dalam pembentukan dasar PN. Mereka tidak mahu UMNO kembali membela nasib rakyat secara berkesan.

7. Ironinya, tidak ada tanda bahawa kelompok ini turut bersama rakyat meraikan kejatuhan kerajaan PH.

8. Mereka nampak tidak gembira dengan pembentukan kerajaan baru PN tanpa DAP, Anwar dan Mahathir. Malah ada ketikanya mereka menganggap penubuhan kerajaan PN dilakukan secara tidak bermaruah. Ganjil sungguh pendirian pentaksub politikus murahan ini.

9. Ada masanya mereka cuba mengelirukan akar umbi dengan dakwaan kononnya kerajaan PN kukuh, sedangkan realitinya kerajaan baru ini belum lagi stabil malah ada bayangan ianya agak mudah runtuh. 

10. Ancaman halus kepada UMNO ini harus ditangani segera. Agenda tersembunyi kumpulan2 yang menyerang UMNO ini harus dipatahkan. 

11. Merekalah perosak perpaduan rakyat, khususnya antara Melayu-Islam yang dicapai melalui PN.