23 October, 2013

FOTO2 TRAGEDI DI CAMERON HIGHLAND - 3 DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

Tiga orang disahkan meninggal dunia setakat ini dalam kejadian banjir kilat akibat pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet dekat Cameron Highland.

Kawasan yang paling teruk adalah di sekitar Rinching dan Blue Valley, kawasan yang aktif dengan aktiviti penanaman sayur.

Berdasarkan laporan, air empangan terpaksa dilepaskan bermula lewat malam tadi setelah paras air melebihi had akibat hujan lebat.

Maklumat tentang pelepasan air empangan telahpun disampaikan kepada ketua kampung dan penduduk yang tinggal di tepi Sungai Lembah Bertam.

"Pelepasan air dibuat dalam 3 peringkat. Pertama 4," menurut sumber.

Selepas pelepasan air kedua, terima panggilan kecemasan dan pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian.

Sumber itu seterusnya melaporkan :

Mangsa dihanyut air:

1) lelaki Bangladesh - disah meningal dunia
2) perempuan Indonesia - disah meningal dunia
3) perempuan Indonesia - belum ditemui

Mangsa terkejut:

1) Ho Kin Wang (38th) -cedera menyelamat diri
2) Tan Tuck Choi (51th) - disah meningal dunia

Mangsa berpindah:
Seramai 10 buah keluarga dipindah ke Dewan Ringlet bersama 46 orang.

Kemusnahan rumah 80 buah dan kenderaan 100 buah.

Seramai 222 pegawai bertugas ditempat kejadian...

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17 October, 2013

UMUMKAN KEPUTUSAN MT UMNO DI BAHAGIAN

KENYATAAN AKHBAR
Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak

Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat didesak mengeluarkan arahan supaya keputusan pemilihan jawatankuasa Ahli Majlis Tertinggi pada Sabtu ini diumumkan di hadapan perwakilan Bahagian terbabit.

Selain itu, setiap keputusan hendaklah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO peringkat bahagian dan wakil-wakil calon yang dilantik, dan salinan keputusan diserahkan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Setiausaha Bahagian sebagai rekod.

Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan lagi ketelusan dan keterbukaan dalam proses pemilihan jawatan-jawatan di dalam UMNO, sebagaimana yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti dan ahli-ahli akar umbi.

Perwakilan Bahagian perlu mendapat hak untuk mengetahui keputusan hasil daripada pengundian yang mereka buat.

Arahan yang menghalang pengumuman keputusan bagi jawatan-jawatan peringkat tertinggi parti dibuat di peringkat Bahagian adalah terlalu janggal dan boleh mengurangkan kepercayaan ahli-ahli terhadap ketelusan parti.

Apa yang berlaku dalam pemilihan peringkat sayap-sayap UMNO pada Ahad lalu, khususnya bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, hendaklah dijadikan iktibar.

Apabila parti inginkan transformasi, maka peraturan-peraturan yang mengelirukan ahli-ahli hendaklah diminimakan, serta mengelakkan ianya menjurus ke arah memenuhi kepentingan pihak dan individu tertentu.

17hb Oktober 2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.