17 October, 2013

UMUMKAN KEPUTUSAN MT UMNO DI BAHAGIAN

KENYATAAN AKHBAR
Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak

Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat didesak mengeluarkan arahan supaya keputusan pemilihan jawatankuasa Ahli Majlis Tertinggi pada Sabtu ini diumumkan di hadapan perwakilan Bahagian terbabit.

Selain itu, setiap keputusan hendaklah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO peringkat bahagian dan wakil-wakil calon yang dilantik, dan salinan keputusan diserahkan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Setiausaha Bahagian sebagai rekod.

Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan lagi ketelusan dan keterbukaan dalam proses pemilihan jawatan-jawatan di dalam UMNO, sebagaimana yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti dan ahli-ahli akar umbi.

Perwakilan Bahagian perlu mendapat hak untuk mengetahui keputusan hasil daripada pengundian yang mereka buat.

Arahan yang menghalang pengumuman keputusan bagi jawatan-jawatan peringkat tertinggi parti dibuat di peringkat Bahagian adalah terlalu janggal dan boleh mengurangkan kepercayaan ahli-ahli terhadap ketelusan parti.

Apa yang berlaku dalam pemilihan peringkat sayap-sayap UMNO pada Ahad lalu, khususnya bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, hendaklah dijadikan iktibar.

Apabila parti inginkan transformasi, maka peraturan-peraturan yang mengelirukan ahli-ahli hendaklah diminimakan, serta mengelakkan ianya menjurus ke arah memenuhi kepentingan pihak dan individu tertentu.

17hb Oktober 2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

Benar tu Dato'. Pemilihan UMNO perlu dibuktikan ketelusannya. Barulah ahli UMNO akan percaya dengan keputusan yang ada.