20 December, 2012

PERBAHASAN AWAL SIDANG DUN PERAK


YB DATO' YANG DIPERTUA : SILAKAN SLIM


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

YB DATO’ YANG DIPERTUA, SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN MEMBAHASKAN USUL BAJET NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2013 YANG TELAH DIBENTANGKAN OLEH YAB MENTERI BESAR PERAK ISNIN LALU.

BAJET NEGERI PERAK 2013 YANG BERTEMAKAN ‘NEGERI SEJAHTERA, RAKYAT TERBELA’ YANG MENUMPUKAN 5 FOKUS UTAMA TELAH MENGGARAP KEPENTINGAN RAKYAT DI SEMUA PERINGKAT, BAIK DI KOTA MAHUPUN DI LUAR BANDAR, BERSESUAIAN DENGAN SLOGAN PERAK AMANJAYA. BAJET INI MENCERMINKAN KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI DI BAWAH PIMPINAN BARISAN NASIONAL UNTUK MEMACU EKONOMI NEGERI PERAK KE ARAH YANG LEBIH POSITIF DI TAHUN HADAPAN, SELAIN MEMASTIKAN KEHIDUPAN RAKYAT TERUS TERBELA.

BAJET INI SUDAH PASTI DAPAT MENYOKONG LAGI BAJET NEGARA TAHUN DEPAN YANG TELAH DIBENTANGKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI SEBELUM INI YANG DENGAN JELAS MENUMPUKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DI SELURUH NEGARA, TANPA MENGAMBIL KIRA LATAR BELAKANG KAUM, AGAMA DAN BUDAYA.

BAGI PIHAK RAKYAT KAWASAN SLIM, SAYA INGIN MERAKAMKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA YAB MENTERI BESAR PERAK ATAS PEMBENTANGAN BAJET NEGERI PERAK YANG BEGITU MEYAKINKAN.

ZON EKONOMI TANJONG MALIM

DI DALAM BAJET BERKENAAN, YAB MENTERI BESAR ADA MENYENTUH MENGENAI PERANCANGAN BARU PEMBANGUNAN BANDAR AUTOMOTIF PROTON DI TANJONG MALIM, YANG TURUT MEMBABITKAN INDUSTRI BERASASKAN PERALATAN, KOMPONEN DAN AKSESORI PENGANGKUTAN. PERKEMBANGAN TERBARU HASIL DARIPADA USAHA KERAJAAN NEGERI MENJALINKAN KERJASAMA DAN PERBINCANGAN DENGAN PENGURUSAN BARU PROTON SUDAH PASTI AKAN MERANCAKKAN LAGI AKTIVITI EKONOMI DI SELATAN NEGERI PERAK.

SAYA DIFAHAMKAN BAHAWA KESELURUHAN AKTIVITI PEMBUATAN KERETA  AKAN BERPUSAT DI KILANG PROTON DI TANJONG MALIM, DAN AKTIVITI-AKTIVITI DI KILAANG PROTON SHAH ALAM DIPINDAHKAN KE TANJONG MALIM. SEKIRANYA PERANCANGAN INI DILAKSANAKAN, IANYA SUDAH PASTI AKAN MENINGKATKAN LAGI BILANGAN PENDUDUK DI SELATAN NEGERI PERAK, DITAMBAH PULA DENGAN KEWUJUDAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.  SITUASI SEUMPAMA INI BAKAL MENAMBAHKAN LAGI AKTIVITI PERNIAGAAN DI SEKITAR TANJONG MALIM YANG BOLEH MEMBERI MANFAAT KEPADA PENIAGA-PENIAGA TEMPATAN APABILA PERMINTAAN SEMAKIN MENINGKAT.

HARAPAN SAYA AGAR OPERASI SEPENUHNYA KILANG PROTON DI TANJONG MALIM INI DAPAT MEMBUKA RUANG YANG LEBIH LUAS KEPADA ANAK-ANAK TEMPATAN SEKITAR TANJONG MALIM UNTUK MENDAPAT PELUANG PEKERJAAN DI SYARIKAT KONGLOMERAT ITU.  ALASAN YANG SERING DIBERIKAN OLEH KILANG PROTON TANJONG MALIM SEBELUM INI ADALAH KURANGNYA TENAGA MAHIR DAN SEPARA MAHIR DI KALANGAN ANAK-ANAK TEMPATAN DALAM BIDANG AUTOMOTIF. INI BUKANLAH ALASAN YANG BAIK BAGI MENIDAKKAN  PELUANG ANAK TEMPATAN UNTUK TURUT SAMA MENCARI REZEKI DI KILANG YANG BEGITU GAH DI DEPAN MATA MEREKA. BERILAH MEREKA PELUANG MEMBINA KEMAHIRAN DI KILANG INI, SUPAYA KEBANGGAAN KEWUJUDAN KILANG GERGASI DI KAWASAN MEREKA DAPAT DIRASAI DALAM ERTI KATA SEBENAR.

DAERAH PENUH TANJONG MALIM

BERSESUAIAN DENGAN PERKEMBANGAN YANG SEMAKIN PESAT DI TANJONG MALIM DENGAN PERTAMBAHAN PENDUDUK YANG SEMAKIN MENINGKAT, ADALAH WAJAR KERAJAAN NEGERI MEMPERCEPATKAN USAHA BAGI MENAIKTARAF KAWASAN SELATAN NEGERI ITU MENJADI DAERAH PENUH BERMULA TAHUN HADAPAN. STATUS TANJONG MALIM DAN SLIM RIVER SEBAGAI DAERAH KECIL KETIKA INI MEMBATASKAN BILANGAN TENAGA PENTADBIRAN, SEHINGGA MENYEBABKAN ADA KEPERLUAN RAKYAT YANG TIDAK DAPAT DIPENUHI OLEH PIHAK KERAJAAAN. JABATAN-JABATAN PENTING SEPERTI PEJABAT PELAJARAN, YANG DITEMPATKAN DI TAPAH TERLETAK JAUH DARI TANJONG MALIM, MENYEBABKAN RAKYAT SUKAR UNTUK BERURUSAN. OLEH ITU WAJARNYA DISEGERAKAN USAHA MENAIKTARAF TANJONG MALIM MENJADI SEBUAH DAERAH PENUH.

PROJEK JALAN BESOUT-KUALA SLIM

PROJEK PEMBINAAN JALAN BARU FELDA BESOUT KE KUALA SLIM SEPANJANG 11.2 KM TELAH DIMULAKAN SEJAK JULAI 2008 DAN SEPATUTNYA SIAP PADA JULAI 2010. NAMUN HINGGA KINI, TEMPOH PROJEK INI SIAP TELAH TERLEWAT SELAMA 29 BULAN, ATAU 2 TAHUN 5 BULAN.

SAYA TELAH BEBERAPA KALI MEMBAWA ISU INI KE DALAM SIDANG DEWAN, SAMADA MELALUI SOALAN LISAN MAHUPUN BERTULIS. MALAHAN SAYA JUGA TURUT MENGHADIRI BEBERAPA SIRI LAWATAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA PIHAK JKR, KONTRAKTOR DAN KONSULTAN SEBELUM INI, SAMADA DI TAPAK PROJEK MAHUPUN DI KEMENTERIAN KERJARAYA DI KUALA LUMPUR. DALAM SETIAP PERBINCANGAN, SAYA NAMPAK SEOLAH-OLAH ISU INI DAPAT SEGERA DISELESAIKAN, NAMUN AMATLAH MENGHAIRANKAN KENAPAKAH JALAN SEJAUH HANYA 11.2 KM INI DENGAN KOS ASAL HANYA RM46 JUTA BEGITU SUKAR UNTUK DIREALISASIKAN, SEDANGKAN KERAJAAN DAN JKR TELAH MEMBINA BEGITU BANYAK LEBUHRAYA DENGAN JARAK DAN KOS YANG LEBIH TINGGI DI SELURUH NEGARA.

DALAM JAWAPAN BERTULIS SIDANG DUN YANG LALU, PIHAK KERAJAAN MENYATAKAN BAHAWA KERJA-KERJA AKAN DIJALANKAN SEMULA PADA AWAL BULAN DISEMBER 2012, SETELAH KONTRAKTOR ASAL DITAMATKAN KONTRAKNYA DAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR BARU DILAKUKAN BAGI MENYIAPKAN PROJEK TERSEBUT. DINYATAKAN JUGA DALAM JAWAPAN BERTULIS ITU BAHAWA PROJEK INI AKAN SIAP DALAM TEMPOH 18 BULAN, BERMAKNA JIKA PROJEK INI SIAP, IANYA TERLEWAT SELAMA 47 BULAN, ATAU HAMPIR 4 TAHUN DARI JADUAL ASAL, IAITU PADA JULAI 2010.

NAMUN SEHINGGA HARI INI, TIDAK NAMPAK PETANDA KERJA-KERJA INI AKAN DIMULAKAN, BIARPUN JAWAPAN KEPADA SOALAN BERTULIS SAYA PADA SEPTEMBER LALU MENYEBUT BAHAWA KERJA-KERJA AKAN DIMULAKAN PADA AWAL DISEMBER INI. TIDAK NAMPAK SEBARANG AKTIVITI BARU DI TAPAK PROJEK, DAN KEADAAN INI TERUS MENJADI TANDA TANYA DI KALANGAN RAKYAT DI KAWASAN SAYA, KHUSUSNYA DI FELDA GUGUSAN BESOUT.

SAYA MENGGESA PIHAK JKR NEGERI PERAK AGAR MEMBERI PERHATIAN LEBIH SERIUS MENGENAI PROJEK INI DAN MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA BAGI MEMULAKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN.

BAGAIMANAPUN SAYA INGIN MENGAMBIL PELUANG INI UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK JKR NEGERI KERANA MENGAMBIL LANGKAH SEGERA MEMBAIK-PULIH JALAN UTAMA MENGHALA KE FELDA TROLAK TIMUR YANG HAMPIR TERPUTUS.

ISU TANAH

BERKAITAN ISU TANAH, PIHAK PEMBANGKANG BEGITU GHAIRAH MAHUKAN SUPAYA PEMBERIAN TANAH KOMERSIAL, KHUSUSNYA BERKAITAN PROJEK PERUMAHAN, DIBUAT SECARA TENDER TERBUKA. LANGKAH INI JIKA DILAKSANAKAN AKAN MEMBEBANKAN RAKYAT, KERANA PIHAK PEMAJU SUDAH PASTI AKAN MENINGKATKAN HARGA JUALAN RUMAH BAGI MENAMPUNG KOS TANAH YANG TINGGI AKIBAT TENDER TERBUKA.  INILAH SEBENARNYA YANG BERLAKU DI SINGAPURA YANG MENJADI MENTOR KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG, KHUSUSNYA DI PULAU PINANG, DI MANA HARGA RUMAH BEGITU TINGGI KERANA TANAH-TANAH KOMERSIAL DIJUAL KEPADA PEMAJU MELALUI TENDER TERBUKA. AKIBATNYA, RAMAI RAKYAT NEGARA ITU MEMBELI RUMAH DI LUAR SINGAPURA, KHUSUSNYA DI JOHOR DAN MELAKA. HARGA RUMAH YANG BEGITU TINGGI JUGA WUJUD DI HONG KONG, KERANA PEMAJU MENINGKATKAN HARGA RUMAH BAGI MENAMPUNG KOS TANAH YANG BEGITU TINGGI YANG MEREKA BELI MELALUI TENDER TERBUKA.

SUDAH PASTI NEGERI PERAK TIDAK DAPAT MENGAWAL HARGA RUMAH SEKIRANYA SISTEM TENDER TERBUKA INI DILAKSANAKAN. KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI DI BAWAH PIMPINAN BARISAN NASIONAL ADALAH UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA SEBERAPA RAMAI RAKYAT MEMILIKI RUMAH SENDIRI DENGAN HARGA YANG MAMPU MEREKA BELI. INI BERSESUAIAN DENGAN GAGASAN 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAAN DIUTAMAKAN. OLEH ITU SUKALAH SAYA MENCADANGKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SUPAYA MELUPAKAN DESAKAN PIHAK PEMBANGKANG YANG TIDAK REALISTIK ITU, DEMI MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT DI NEGERI INI BERSEUAIAN DENGAN SLOGAN KERAJAAN NEGERI “TIADA YANG TERTINGGAL, TIADA YANG TERPINGGIR”.

PENCEROBOHAN TANAH SECARA HARAM

KEGIATAN PENCEROBOHAN HARAM TANAH-TANAH KERAJAAN BEGITU SERIUS SEJAK KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH NEGERI PERAK SELEPAS TAHUN 2008. SEOLAH-OLAH ADA ARAHAN TERTENTU DARI TERAJU KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI KETIKA ITU, YANG MEMBUKA RUANG KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG MEMPUNYAI MODAL BESAR UNTUK MENEROKA SECARA HARAM BERATUS-RATUS HEKTAR TANAH KERAJAAN DI SELURUH NEGERI PERAK. 

KETIKA INI, SUDAH WUJUD PULA PERBUATAN PENEROKA-PENEROKA TANAH HARAM INI YANG MEMPERALATKAN SEBILANGAN KECIL MASYARAKAT ORANG ASLI UNTUK MEMBANTAH TINDAKAN KERAJAAN NEGERI MENGHENTIKAN KEGIATAN PENEROKAAN HARAM INI. 

HAKIKATNYA MASYARAKAT ORANG ASLI TIDAK MENDAPAT APA-APA KEUNTUNGAN DARIPADA PENEROKAAN HARAM YANG DILAKUKAN, TETAPI APABILA PENEROKA-PENEROKA HARAM INI BERHADAPAN TINDAKAN PIHAK BERKUASA, MAKA KETIKA ITULAH MEREKA AKAN MENGGUNAKAN SEBILANGAN KAUM ORANG ASLI UNTUK MENGHALANG, TERMASUK MEMBUAT DEMONTRASI DAN MENGHANTAR MEMORANDUM KEPADA PEMIMPIN NEGERI. IRONINYA, PIHAK PEMBANGKANG BERADA PULA DI BELAKANG PENEROKA-PENEROKA HARAM INI, MUNGKIN DI SEBABKAN WUJUD HUBUNGAN KEPARTIAN DENGAN MEREKA.

PIHAK PEMBANGKANG PERLU RASIONAL DALAM HAL INI. JIKA KEGIATAN PENEROKAAN HARAM INI TIDAK DIBENDUNG, IANYA AKAN MENUTUP RUANG LEBIH RAMAI RAKYAT UNTUK MEMILIKI TANAH MELALUI RANCANGAN PERTANIAN BERKELOMPOK (RTB). JIKA TIDAK ADA TINDAKAN TEGAS DARIPADA PIHAK KERAJAAN NEGERI, SUDAH PASTI LEBIH BANYAK TANAH YANG BERPOTENSI UNTUK DIJADIKAN RTB, TERMASUKLAH TANAH YANG TELAH DIGAZETKAN OLEH KEPADA MASAYARAKAT ORANG ASLI, AKAN DITEROKA SECARA HARAM OLEH KAPITALIS-KAPITALIS YANG MEMPUNYAI MODAL YANG BESAR. 

TINDAKAN PENEROKA-PENEROKA HARAM INI BUKAN SAHAJA MENGECILKAN PELUANG RAKYAT MENDAPAT TANAH, MALAH MERUGIKAN KERAJAAN NEGERI DARIPADA SEGI PREMIUM DAN CUKAI TANAH.

(ESOK SAYA AKAN MASUKKAN HANSAD PERBAHASAN SETERUSKAN YANG LEBIH MERUPAKAN PERTIKAMAN LIDAH BERKAITAN PEMBABITAN DUA PEMIMPIN DAP YANG MEMILIKI TANAH SELUAS 10,526 EKAR DI MUKIM CIKU, GUA MUSANG, KELANTAN)

2 comments:

Belia Besout said...

isu jalan raya Kuala Slim-Felda Besout sudah lama dan masih mnjadi tnda tanya. Dharap YB dpt myelesaikn masalah ini scepat mgkin dan ini harapan dari kami semua warga Besout

warga Besout 1 said...

Assalammualaikum...

Saya ni hari2 ulang-alik ke pekan slim River.kos perjalanan yg jauh dan semakin mngkat. Algkah baiknya kalau jalan raya ke pekan slim melalui Kuala Slim menjadi kenyataan.Tp apakan daya sehingga hr ini tiada apa2 tindakan susulan.

Hampa....kecewa....

hrp YB bantu...

Terima Kasih...