Saya terbaca kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) yang disiarkan oleh HarakahDaily mengenai pembinaan masjid-masjid oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di seluruh negara.
Katanya dalam HarakahDaily :
“…menyentuh mengenai Umno BN yang mempersoalkan hanya sebuah masjid berjaya didirikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Siti Zailah berkata, apa yang harus diberi perhatian bukan kuantiti, tetapi cara masjid itu diimarahkan.
"Kenyataan BN itu menggambarkan betapa jauhnya pemimpinnya dengan ajaran Islam.
"Dalam sejarah dulu, kaum munafik mendirikan Masjid Dirar bagi menyaingi masjid yang didirikan para sahabat dan Rasulullah mengarahkan masjid itu dibakar," katanya.
Siti Zailah berkata, Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih gemar mendidik rakyat negeri itu agar menginfakkan wang untuk membina masjid.
"Tok Guru Nik Aziz mahu masjid yang didirikan itu hasil kutipan derma daripada rakyatnya sendiri kerana pahala menderma untuk pembinaan masjid itu sampai ke akhirat," katanya”.
Apakah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ini mahu mengatakan bahawa langkah Kerajaan BN membina sebegitu banyak masjid di negara ini sebagai gambaran bahawa pemimpin BN sudah jauh daripada ajaran Islam. Tidakkah dengan cara membina masjid-masjid dan surau-surau dapat mendekatkan lagi muslimin dan muslimat kepada agama Islam selain menjadikannya sebagai tempat mengeratkan ukhwah Islamiah?
Kerajaan BN membina masjid untuk kemudahan umat Islam beribadah, khususnya bersembahyang secara berjemaah yang begitu dituntut oleh ajaran Islam. Tidak timbul soal pembinaannya untuk menyaingi mana-mana masjid, jauh sekali untuk dimegah-megah. Malahan boleh dikatakan Kerajaan BN membina masjid hampir di setiap ceruk kampung dan taman-taman yang mempunyai ramai penganut beragama Islam.
Munafikkah Kerajaan BN pada fikiran Ketua Muslimat PAS Pusat itu apabila mendirikan rumah-rumah Allah sehingga hendak disamakan dengan pembinaan Masjid Dirar oleh kaum munafikin di zaman Rasulullah? Apakah beliau cuba menghasut supaya masjid-masjid yang sebegitu banyak dibina oleh Kerajaan BN itu dibakar sebagaimana arahan baginda Rasulullah terhadap Masjid Dirar?
Siti Zailah berkata, Nik Aziz lebih gemar mendidik rakyat negeri itu agar menginfakkan wang untuk membina masjid – soalnya berapa banyakkah wang yang telah dikutip oleh pemimpin-pemimpin PAS daripada rakyat, khususnya setiap kali selepas majlis ceramah politik parti itu, dan berapa banyak pula masjid yang telah didirikan hasil wang infak rakyat di negeri itu?
| Kemanakah wang yang dikutip dari rakyat ini dibelanjakan? Isi tabung bina masjid? |
Bukan juga rahsia bagaimana PAS menjadikan masjid yang dibina oleh Kerajaan BN sebagai tempat mereka menyebarkan fahaman politik sempit PAS sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan khariah. Masjid sepatutnya dijadikan tempat menyatukan ummah, tetapi PAS sejak sekian lama menjadikan masjid sebagai tempat menyemai dan menyemarakkan perpecahan di kalangan masyarakat, sehingga ke tahap wujudnya sembahyang dua imam.
Kenyataan Ketua Muslimat PAS Pusat itu boleh dibaca di SINI.

1 comments:
Hahahaha...dah berapa puluh tahun PAS kutip hasil dari pengikutnya. Berapa puluh masjid yg telah didirikan?
Berpuluh tahun kutip hasil tiap kali ceramah, sebiji baru naik?
Balance duit tu pi mana? melantak kat pembesar2 korang ker?
Masjid2 yang BN buat,ko jadikan tempat menghasut.
Kalau ikut tak ada bezanya juak2 korang ni kutip derma dari rakyat marhaien dengan Tol-tol yg terdapat dilebuhraya?.
Bezanya, duit tol tersebut berjaya menghasilkan jalan-jalan dan menaikkan infrastruktur yg terdapat di Malaysia.
Duit kutipan derma dari juak2 PAS amender yang dapat?.Setahu aku rakyat merana, duit dah ler dikutip, rakyat tak dapat apa...perjuangkan Parti yg tidak mendatangkan apa2 menafaat dan perubahan.
Aku percaya, duit tersebut hanyalah untuk membayar para penceramah-penceramah hadir untuk bercaci maki. Zaman sekarang mana boleh panggil Free...bayor...bayor.
Islam-islam gak...ceramah..ceramah gak...soru jgn miss...
Kutip...tetap kutip...ada lebih boleh bayor loan keter, rumah...hehehehe
Post a Comment