Followers

03 January, 2012

UPSI TETAP BICARAKAN ADAM ADLI



SHAH ALAM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kekal dengan pendirian 9 Januari ini untuk sesi pendengaran hukuman tatatertib terhadap pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim (foto) yang menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 Disember lalu. 

Walaupun desakan pelbagai pihak supaya Adam Adli tidak diambil tindakan tatatertib oleh Upsi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk  Dr Junaidi Abu Bakar berkata, ia akan tetap diadakan jam 3 petang, 9 Januari ini. 

Menurutnya, meskipun perhimpunan di perkarangan Upsi pada malam tahun baru lalu bertujuan  mendesak supaya Adam Adli dibebaskan, pihaknya tidak berganjak dengan keputusan tindakan tatatertib terhadapnya. 

“Adam Adli sedia maklum bahawa pendengaran hukuman akan diadakan pada 9 Januari ini atas tindakannya menurunkan bendera, namun penyertaannya pada demonstrasi di hadapan perkarangan Upsi juga akan dikenakan tindakan tatatertib sekali lagi oleh pihak Upsi ,” katanya. 

Bagaimanapun katanya, notis tindakan tatatertib kepada Adam Adli akibat penyertaannya pada demonstrasi itu akan diserahkan dalam tempoh 10 ke 14 hari lagi. 

Junaidi berkata, selain Adam Adli, seorang lagi mahasiswi Upsi, yang turut ditahan polis pada malam kejadian itu, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim, pelajar tahun ketiga juga tidak terlepas dengan hukuman tatatertib. 

Dalam pada itu katanya, Upsi kini sedang menyiasat pembabitan beberapa mahasiswanya pada demonstrasi menuntut pembebasan Adam Adli  dan penghapusan Akta Universiti dan Kolej (Auku) pada malam tahun baru lalu. 

Junaidi berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman video dalam kejadian terbabit bagi memastikan identiti mahasiswa yang terlibat.

“Kami dimaklumkan terdapat beberapa mahasiswa Upsi yang terlibat. Jika terdapat bukti sahih pembabitan itu, mereka juga tidak akan terlepas dengan tindakan tatatertib oleh pihak Upsi,” katanya.

13 comments:

Anonymous said...

Kami mahu Adam Adli n mahasewelyg terlibat dibuang dr UPSI...ada faham ke

Brader Vo said...

aku gerenti kalau buat urine test ...sure kantoi budak ni .... mat syabu kot ...

Nok said...

terbaik UPSI ambik tindakan jgn tak ambil.....jgn peningkan kepala buang saja budak2 yg jadi pengacau ni..supaya jadi contoh pada yg lain.....polis pulak balun jgn tak balun & jgn tak balun...dah cakap baik2 pun depa kata polis menyalah gunakan kuasa...biar padan mak bapak yg sokong anak2 menentang k'jaan

satu hari budak adam ni akan menyesal dgn apa yg telah di buatnya sekarang...setelah tengok kawan2 dah jadi cikgu....percayalah.....

oku berdaftar said...

macam ni sikap orang terpelajar buat malu banssa dan negara.buang budak ni dari upsi kerana banyak lagi anak orang smiskin macam aku tapi anak bijak boleh masok kesitu akaizero

Anonymous said...

nie kah calon guru yang nak mendidik anak bangsa ?? layak kah ko mendidik anak aku nanti ???? memang tak ..

Anonymous said...

Ni nasihat pada Polis DiRaja Malaysia

Kalau ada lagi demonstrasi oleh budak-budak bangang yg suka tidoq atas jalan mcm lembu ni, hampa sepak pungkoq depa ni ... lepas tu bagi penampaq sulong 2-3 das. Kalau dok ketegarg juga hampa pulas teloq depa ... cemuis aku dgn depa ni, mua sangat.

cikgusenam said...

BERDOALAH AGAR ORANG MACAM NI TAK MENGAJAR ANAK KITA.BUKAN LAMA BELAJAR TAPI MACAM BEROK NAK BERPOLOTIK.SEDARLAH MAKAN DITANGGUNG DIORANG.USAH PERASAN HEBAT TAPI MELUAT TENGOK,BODOH,TRGGING

cikgusenam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hamzah Abu Hassan said...

Tidak layak jadi guru. Sebelum mereka merosakkan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita, buang saja dari UPSI demi menjaga nama baik institusi bersejarah ini.

Ghazali said...

Saya menyokong penuh tindakan kepada pelajar ini yang seharusnya dijadikan teladan kepada semua pelajar lain. Pelajar/Mahawiswa perlu sedar bahawa mereka dibiayai oleh wang rakyat sebahagian besarnya. Kalau menyokong pihak yang menghancurkan masyarakat....tak perlu diberikan pengampunan.

TokAyah said...

Nyah dia dari UPSI. Ramai lagi yang mahu menuntut di UPSI.

Anonymous said...

Saya berpendapat semua universiti menguatkuasakan pelajar harus belajar dan jangan berlaku kurang ajar..tak setuju dengan perkara perkara tertentu... hantar bantahan melalui saluran....bila ikut undang undang ..semua warga malaysia yang lain akan ikut terpelihara......

Anonymous said...

muka ni ke bakal jd cikgu.. Mmg x layak la jd tenaga pengajar..nanti rosak moral anak2 cucu kita je..buatnye suruh anak2 kita bangkang kerajaan..mmg x ar!! Kena bg penampor sulung org mcm ni..