Followers

01 January, 2012

DEMONTRASI SMM DI UPSI - KESAN MAHASISWA DIPERALATKAN

Lihatlah penghinaan mahasiswa ini terhadap foto Perdana Menteri yang diterbalikkan. Sikap biadap ini adalah kesinambungan kebiadaban Adam Adli menurunkan bendera memaparkan wajah Dato' Seri Mohd Najib di PWTC pada 17 Disember lalu.

Anak-anak siapalah ini? Saya selaku bapa berasa amat sedih jika anak-anak saya yang sedang menuntut di universiti bersikap sebegini dan mengabaikan tugas hakiki mereka menimba ilmu di menara gading.

Seramai kira-kira 50 mahasiswa pro-Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menjadi alat pakatan pembangkang berkumpul dan berdemontrasi di pintu masuk utama UPSI bermula kira-kira jam 1.30 pagi tadi. Turut serta Adam Adli dan pemimpin-pemimpin kanan kumpulan itu.

Sepasukan anggota polis dan FRU yang berkawal di sekitar UPSI sejak pagi tadi telah memberi amaran supaya kumpulan mahasiswa itu bersurai kerana demontrasi tersebut tidak mempunyai permit. Namun penunjuk perasaan bukan sahaja berdegil, malah mencabar pihak polis dan bertindak agresif mahu memecahkan pintu masuk utama UPSI.

Tindakan itu memaksa pihak polis bertindak segera menyuraikan mereka dengan menyerbu kumpulan itu dan menangkap seramai 17 pemimpin SMM, termasuk Adam Adli dan seorang mahasiswi UPSI, Yuyu Luna pada kira-kira jam 2.15 pagi. Mereka dibawa ke Balai Polis Tanjong Malim.

Inilah akibatnya apabila mahasiswa membenarkan diri mereka menjadi alat pemimpin politik pembangkang. Terbukti mereka bukan sangat memperjuangkan isu kebebasan akademik, tetapi lebih kepada gerakan politik kepartian dan pembebasan individu bernama Adam Adli. Mereka turut melaungkan slogan-slogan politik kepartian seperti 'hancur, hancur, hancur UMNO'. Gaya sorakan mereka itu samalah seperti yang selalu dilaungkan oleh demonstran PKR dan PAS ketika menunjuk perasaan.

Bukti lain mereka diperalatkan apabila dilihat beberapa pemimpin PKR turut memberi arahan dan tunjuk ajar kepada kumpulan mahasiswa itu, termasuk mengarahkan mereka berbaring di atas jalan raya ketika pasukan FRU tiba di lokasi tunjuk perasaan. (Blog Bersama Mazidul melaporkan pasukan seramai 7 orang anggota ini bukanlah FRU, tetapi Light Strike Force, LSF dari IPD Tanjong Malim).

Tetapi malangnya, apabila pihak polis memberi arahan supaya kumpulan itu bersurai, pemimpin-pemimpin PKR inilah yang terlebih dahulu menjauhkan diri dan meninggalkan mahasiswa itu berbaring di atas jalan raya. Mereka hanya melihat dari jauh ketika pemimpin-pemimpin SMM ditahan pihak polis. Tiada rayuan atau perbincangan dibuat oleh mereka dengan pihak polis bagi membela nasib mahasiswa yang ditinggalkan berhadapan situasi kelam kabut itu.

Ternyata kumpulan SMM ini hanya segelintir kecil di kalangan ribuan mahasiswa di negara ini. Mereka sebenarnya tidak mewakili suara majoriti mahasiswa, jauh sekali suara orang muda yang menjadi tag line mereka. Malahan ketika pihak polis berjaya menyuraikan demontrasi itu, sekumpulan mahasiswa UPSI yang menonton sejak awal telah bertepuk tangan sebagai tanda sokongan terhadap tindakan tegas pasukan keselamatan itu.

Hampir kesemua mahasiswa yang berdemontrasi itu bukanlah pelajar UPSI, tetapi datangnya dari universiti lain, terutamanya dari ibunegara. Beberapa pelajar UPSI yang saya temui memberitahu, mereka tinggal di luar kampus dan datang sekadar mahu melihat dari jauh aksi aktivis-aktivis SMM berdemontrasi.

(Saya berada di sekitar UPSI bermula jam 12.48 malam tadi dan menyaksikan sendiri peristiwa ini sehingga keadaan agak terkawal pada jam 2.48 pagi.)

Adam Adli (baju merah)
Pintu cermin sebuah klinik berhadapan UPSI dipecahkan oleh penyokong SMM kononnya mahu mendapatkan rawatan terhadap seorang rakan mereka yang cedera semasa pihak polis menyerbu dan menangkap pemimpin-pemimpin kanan kumpulan itu. Skrip lakonan yang sama seperti dilakukan oleh sifu mereka semasa Bersih 02. Harta benda menjadi mangsa mereka.
Adam Adli dibawa menaiki black maria.

15 comments:

Anonymous said...

episod ini perlu ada satu put stop yg segera. hairan mengapa umno tdk mampu utk mengambil satu tindakan yg proaktif. kuasa dan segalanya ada pd dia. apa dah jadi nie? tak habis-habis dgn laporan dan perkembangan budak-budak nie. kita semua dah mulai mual!!!

macam mana nak menang p/raya??? apa dah jadi dan apa nak dibuat dgn agenda org muda??? umno perak di mana??? d manakah letaknya upsi??? menteri & timbalan menteri pengajian tinggi tak habis-habis berkomentar.... kami yg berDNAkan UMNO nie rimas...

tak kan semua nak d gantungkan kpd najib... jgn bg dia cakap sorang-sorang. sedarkah kita sdg membantu fuckatan dlm membina gelombang p/raya yg akan menelankan kita semua..... saya yakin sdr dan kawan-kawan d perak mampu utk mengenyahkan putaran haramjadah ini.....

Anonymous said...

kau buta

khusairi talib said...

Anonymous, mereka ini nampaknya sudah terlalu taksub dengan Anwar dan rela diperalatkan. Sebenarnya mereka bukannya budak-budak lagi. Mereka sudah boleh berfikir mana buruk dan baik. yang baik bagi mereka adalah menyertai perjuangan membela Anwar. Tindakan mereka bukannya soal kebebasan akademik sangat, tetapi lebih kepada tindakan politik yang pro-PR dan anti-BN. Jika saudara rimas, apa pula idea saudara mahu menangani masalah segelintir mahasiswa yang diperalatkan oleh pembangkang ini? Perkara ini bukan fenomena baru. Ianya wujud sejak berpuluh tahun lalu, termasuk semasa saya menuntut di UKM pada awal 1980an.

Anonymous said...

jawapanya ialah kerana menteri dan timbalan menteri pendidikan tinggi adalah tangan ghaib dibelakang episod ini.
mereka berdua adalah ejen pihak pembangkang memsabotaj kerajaan.
timbalan menteri tersebut adalah dalang dalam kejadian ini.
dalam kita sibuk menyalahkan pihak pembangkang kita terlepas pandang siapa dajal sebenar perancang utamanya.
pendapat aku menteri dan timbalanya adalah pengkhianat dalam kerajaan sekarang.

alizah shaari said...

jika bn atau umno ambil tindakan,mereka akan membuat provokasi yg kerajaan zalim..tu yg lebih baik diam,rakyat buat penilaian sendiri siapa yg benar..jadi kerajaan kena bijak..krn semuanya nanti balik pd kerajaan..ikut cara rasulullah,kejahatan dibalas dgn kebaikan..

Anonymous said...

apa nak takut berdemonyer. tangkap pun bagi Khemah suh duk baik baik siap bagi makan buffet lagi.huhhuhuuuhuu len kali belasah jer baru dia reti

Anonymous said...

BN akan kecundang pada PRU13 bukan kerana kekuatan pihak pembangkang .. tetapi kerana . .'KEBODOHAN' setiap ahli UMNO dari Presiden hingga ke talibarut2 PR yang masih ahli UMNO . .. . kita tengok nanti kalu tak percaya . .

Anonymous said...

tangkap aje dan sumbat dalam penjara..budak2 yg kurang ajar ni..

Anonymous said...

setakat mai demo tak sampai 50 orang nak menang apa kebenda bro lu cakap pakai akai ler bro lu ingat semua mahasiswa/siswi sokong depa nie ker malahan rakyat malaysia dari yang cerdik sampai yang tolol pun tak sokong budak-budak sengal nie PENGKIANAT jer selalu yang cakap BN akan tumbang sumpah keramat 7 keturunan brio BN tak akan tumbang sampai dunia KIAMAT ... salam nine force woha

Anonymous said...

kah kah lima puloh olang kasi demo satu doonia mau kasi tau kah kah harapan 901 makin berkecai ma.....mana ada olang mau suka suka kasi kepala pukul sama pulis ma..itu olang gay mana ada valu jadi pemimpin malaysia...jangan saman gua saman itu kamaluanddin petra ma

Anonymous said...

rakyat yang lihat bertepuk tangan selepas mereka ditangkap?

INILAH HAKIKAT MANUSIA YANG SUKA MENOKOK NAMBAH CERITA!

depan kepala mata saya sendiri kunci kereta yang hendak membawa mahasiswa yang kritikal ditarik oleh pihak yang tak bertanggungjawab! mana letak manusia kalian ketika itu? buang soal politik. ambil iktibar dari segi agama. mana bantuan yang patut kita berikan pada saudara kita pabila dalam kesusahan!

Anonymous said...

Nak bagi bantuan apa??? Kalau dah bingai tak reti bahasa itu lah padahnya.Biar patah riuk lagi bagus.Syabas !!! pada pihak keselamatan dalam menjaga keamanan.

Anonymous said...

Polis kita terlalu berlembut.

KDN juga terlalu berlembut.

Geram betul. Mana la abg roslan yg gertak bebudak biadap sorang sorang tu.

Abg roslan mewakili perasaan kami yg cukup marah dgn kebiadapan pelajar undergrad tersebut.

Seperti kebiadapan namawee, tiada langsung hukuman yg dikenakan terhadap mereka.

Apa cerita ni?

Kalau mcm ni la dibiarkan mcm tu saje oleh KDN, seribu lagi abg roslan akan dtg kpd budak mcm adam adli.

Anonymous said...

jika kita perhatikan alunan demo adalah sama dgn ajaran Anwar semasa reformasi..

Anonymous said...

akal ada tak nak guna...hanya keseronokkan yang di cari...maklumlah darah remaja.