Followers

03 January, 2012

DEMO DI UPSI - LAPORAN POLIS TERHADAP YUSUP KAMARUDDIN


"Seluruh rakyat Perak harus turun ka tgmalim esok...anak2 anda sedang dibelasah didalam lokap..tadi disepak,ditendang, dipijak,dipukul...ada yabg pecah dikepala ada yg patah tulang rusok..muka berlumu ran darah! Ketua umno bahagian tg malim terpekik melolong mengarahkan polis membalasah anak2 kita biar sampai mampus... kushairi kamu harus bertanggung jawab!"

Itulah tulisan Yusup Kamaruddin (foto atas) di status facebooknya pada awal pagi 1 Januari 2012 yang mendapat pelbagai komen rakan-rakannya. Tulisannya ini jelas berbaur hasutan dan cuba mengelirukan orang awam berhubung kejadian demontrasi kumpulan SMM di pintu masuk UPSI baru-baru ini.

Tulisannya juga cuba memfitnah pihak polis dengan begitu teruk sekali. Beliau dengan sengaja mahu menceritakan kepada orang awam bahawa pihak polis yang mengawal demontrasi itu telah bertindak brutal terhadap mahasiswa-mahasiswa tersebut.

Yusup cuba pula mengaitkan diri saya kononnya saya 'terpekik melolong mengarahkan polis membelasah anak2 kita biar sampai mampus' - satu fitnah yang mempunyai niat yang amat jahat.

Saya sempat masuk ke wallnya dan membuat komen seperti di bawah. Tetapi beberapa minit selepas itu, saya tidak dapat masuk ke situ lagi kerana telah disekat.
  

Khusairi Talib Jangan buat fitnah. Banyak perakam video ketika demontrasi itu di setiap sudut. Sila siarkan di sini atau di mana2 blog pro kamu jika ada saya beri apa-apa arahan kepada polis. Jangan perlekehkan integriti polis seperti yang sering puak2 PR lakukan. Siapa saya nak arahkan polis? Fitnah ni dah jadi macam goreng pisang kepada Yusup Kamaruddin dan seangkatannya.
    • Khusairi Talib Siapa yang pecah kepala? Siapa yang patah rusuk? Dengarnya mereka sudah dibebaskan. Sila tunjukkan kepala yang dah pecah, tulang rusuk mana yang dah patah. Nak provoke dan menipu gunakanlah cara yang tak mendatangkan kemurkaan Allah wahai YK.
    • Khusairi Talib Apa yang kamu dengar YK? Wall ini sudah saya copy. Akan fikirkan apa tindakan yang sesuai atas penipuan kamu ini.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan, saya mengambil langkah membuat laporan polis terhadap Yusup Kamaruddin di IPD Tanjong Malim di Slim River pada jam 1.20 tengahari tadi. 

Harapan saya, media maya termasuklah laman popular Facebook tidak dijadikan medium untuk menyebarkan hasutan-hasutan yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat.


Bersama Ketua Polis Daerah IPD Tanjong Malim, Supt Othman Nayan

16 comments:

Anonymous said...

Memang ni pun kerja puak2 Pakatan Haram. Diorang suka menyebarkan fitnah utk rakyat bangkit menentang institusi kerajaan. Kasi lunyai sama dia.

Anonymous said...

kadang2 aku tengok org yg buat fitnah ni mcm tak takut dosa dan pahala,mati dan hidup....masa bila pulak nak mintak maaf.....

adf55650 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Bob said...

Tahniah dato...satu langkah yg tepat...jgn macam Pak menteri KDN kita,asyik Amaran..amaran..amaran....Ni pasal terlampau banyak amaran lah jadi benda macam ni...

Anonymous said...

tahniah tuan, elok sangat la tuan buat laporan polis. depa ni berani sebab lawannya lembik. eloklah jauhi sifat lembik yang tak menguntungkan itu.

Anonymous said...

salam yb. pastikan pihak polisvmengambil tindakkan kepada yk ..kita ni asyik report sana sini..tapi mereka masih bermaharaja lela menabur fitnah dan onar..

KZSO said...

Tahniah atas tindakan cepat. Calun winnable umno/bn. Kalau harapkan menteri kerismuddinpondan tu, sampai tahun depan bagi amaran demi amaran demi amaran demi amaran dan tunjukkan senyuman gigi putih dia tu. Harap pm gugurkan saja kerismudinpondan dalam pru dan jawatan menteri. Kalau nak bagi jawatan, bagi menteri hal ehwal laut luar malaysia (kementerian baru) yg tidak menganggu orang ramai. Kalau bagi hal ehwal laut dalam, mahu nelayan tak dapat cari rezeki..harap pm dapat beri perhatian permintaan silent majority ini.

YY said...

Ingatkan budak2 saja yang gila meroyan, yang tua pun ikut join sekali.

Memalukan nampak sangat sebar berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran berita tersebut.

Tepat sgt la repot polis. Org jenis macam ni ada kat luar pun tak menambah, tiada pun tak berkurang.

rmf said...

Tahniah Dato- Berbangga nya saya dengan dato .. satu tindakan yang tepat untuk memperlihatkan bahawa pembangkang sememangnya suka melakukan fitnah dan provokasi untuk menjadikan rakyat keliru. sekali lagi tahniah.. rmf

Anonymous said...

Apabarang YK ni. . Mulut celupar tuduh tak menentu. . . Main bedal je. . . YK ni nampak mcm pengikut setia . .Yg nak kena hukum 090112. . . .Dah meroyan ke. . Kita tunggu lah. . Nantiiiiiii. .Hukum Allah. . .YK

Info 4 The Truth said...
This comment has been removed by a blog administrator.
khusairi talib said...

Salam. Saya harap sahabat semua dapat mengelakkan daripada memberi komen yang menyentuh soal peribadi individu yang sensitif bagi menjaga nama individu berkenaan dan keluarganya.Terima kasih.

Info 4 The Truth said...

Thanks Dato'.

Anonymous said...

salam...
itu lah kerja puak2 yang tidak tahu bersyukur dan selalu melakukan fitnah...demo yg disertai oleh bakal2 guru amat menyedihkan..bangsa melayu terus bertelagah.sedangkan kaum lain terus menuntut ilmu...harap rakyat malaysia dapat menilai segala yang berlaku pada masa ini.insyallah pru13 rakyat akan kembali menyokong kerajaan pada hari ini..teruskan menabur bakti dato demi agama,bangsa dan negara..insyallah.

rmf said...

Terima Kasih Dato atas tindakan yang di ambil keatas komen yang menyentuh hal hal bberkaitan peribadi- Sesungguhnya kita akan berada diatas landasan yang sebenar dalam membicarakan isu isu politik dengan berdasarkan kejadian dan fakta.

Sekali lagi terima kasih Dato.

Anonymous said...

pelik sungguh, kata perjuangan ISLAM tapi nampak gaya depalah yang paling hancus dan paling terrer bab memfitnah dan memprovoke!