Followers

15 January, 2012

BEKAS PKR, DAP PERAK IKRAR SOKONG BN


PERAK TODAY melaporkan hari ini :

Bekas pemimpin serta ahli Pakatan Rakyat Perak hari ini sebulat suara berikrar untuk menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi membantu parti itu menjelang Pilihanraya Umum akan datang.
 
Menerusi Persatuan Wawasan Rakyat Perak, kesemua 200 bekas pemimpin serta ahli parti pembangkang itu menyuarakan sokongan padu mereka terhadap teraju Perak dibawah pentadbiran BN.

Presidennya, Fauzi Muda yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Ipoh Barat PKR memberitahu kesemua mereka meyakini hanya BN sahaja mampu mentadbir negara ini dengan sebaiknya selain mengekalkan keamanan kaum tanpa sebarang perpecahan.

Malah katanya, kepimpinan BN yang bertanggungjawab dan cekap mampu melonjakkan ekonomi dan meningkatkan ekonomi rakyat Perak dengan mengekalkan perpaduan kaum tanpa mengira perbezaan ideolgi antara parti-parti komponen.

“Kita telah menghantar satu memorandum kepada Pas yang antara lain mendesak parti itu mengepalai pakatan pembangkang di negeri ini serta bertanding di semua 34 kerusi yang ditandingi UMNO.

“Namun, mereka kata Pas hanya bertanding di 21 kerusi selain tidak mampu untuk mencadangkan ‘exco bayangan’ kerana sukar untuk membentuk kerajaan yang juga dikongsi bersama parti lain terutamanya DAP,” katanya.

Bagi memastikan BN terus menang dengan cemerlang pada pilihanraya akan datang, justeru, Fauzi menyeru kepada semua rakyat di negeri ini supaya menolak pakatan pembangkang habis-habisan.

Menurut Fauzi, ketiga-tiga parti itu mempunyai haluan berbeza selain berpecah-belah terutamanya dalam perebutan jawatan dan kuasa dimana ia sudah jelas menunjukkan rendah kredibiliti pemimpinnya.

Sebaliknya, beliau berkata, kredibiliti yang ditonjolkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah terbukti melalui pelbagai program pembangunan yang dilakukan.

“Sebagai golongan yang pernah menjadi salah seorang daripada ahli Pakatan Rakyat saya sudah masak dengan motif atau niat jahat pemimpin-pemimpin pembangkang sekiranya mereka berjaya menjadi pemerintah.

“Setalah 11 tahun bersama, saya sudah masak dengan perjuangan mereka. Jika Pas bertukar daripada konsep negara Islam kepada negara berkebajikan, DAP pula memperjuangkan Malaysian Malaysia.

“PKR kini membawa pendekatan ‘Malaysia Baru’ dan saya yakin negara ini akan menjadi sebuah republik sekiranya pakatan pembangkang berkuasa di mana kuasa Raja-Raja Melayu akan dibuang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis minum petang himpunan ikrar sokong BN yang disempurnakan oleh Setiausaha UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib mewakili Menteri Besar.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K.S. Keshvinder Singh yang juga merupakan wakil rakyat bebas.


1 comments:

gombakharapan said...

Salam Tuan , harap dapat tuan link kan blog sy ke blog hebat tuan , blog tuan tlh sy link kan ke blog saya http://gombakharapan.blogspot.com