- Menteri Besar Kedah dari parti PAS, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya menyertai BN jika beliau terus menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Abdul Aziz Bari.
Katanya, jika Azizan terus menyokong AUKU, maka beliau sepatutnya menyertai BN, kerana BN pro-AUKU.
Pakar perlembagaan itu menegaskan demikian dalam satu akhbar di Shah Alam hari ini sebagai mengulas pendirian menteri besar Kedah itu yang menyokong tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri itu, menggantung pengajian lima pelajarnya mengikut AUKU kerana dituduh menyertai demonstrasi haram.
Abdul Aziz juga menggesa Pakatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana pendirian menteri besar Kedah yang jelas bertentang dengan pendirian parti.
"... mereka mesti mengambil tindakan tegas terhadapnya, kerana ia (memansuhkan AUKU) disebut dalam Buku Jingga mereka," kata bekas profesor undang-undang UIA itu.
![]() |
| Abdul Aziz Bari |
KOMEN : Nampaknya semakin ramai pemimpin PAS yang akan disingkirkan. Selepas Dr. Hassan Ali, mungkinlah selepas ini Dato' Seri Azizan? Inikah konsep Islam yang diperjuangkan dalam PAS. Apakah wujud demokrasi di dalam parti itu? Tembelang PAS sudah semakin membusuk.


2 comments:
Wah aziz bari semakin menjadi2 sekarang,nak ambil alih jawatan MB kedah pulak ker,
Video Aziz Bari selar Azizan ada di laman blog saya YB.
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/01/hot-video-aziz-bari-mahu-paspr-pecat-mb.html
Post a Comment