Followers

01 January, 2012

11.15 PM - UPSI NAMPAK TENANG

Lengang jalan di depan UPSI, tempat SMM berdemontrasi dan berbaring di atas jalan awal pagi tadi

Klinik Syifa ditutup rapat

Pintu utama UPSI

Pintu masuk di belakang UPSI

Walaupun dikhabarkan kumpulan mahasiswa pro-SMM mahu berdemontrasi dan menyerbu UPSI lagi malam ini, namun tinjauan di sekitar pusat pengajian tinggi terulung negara yang terletak di Tanjong Malim itu nampak tenang pada jam 11.15 tadi.

Suasana di sekitar pintu utama UPSI agak sepi. Begitu juga di pintu masuk belakang.  Klinik Syifa, klinik keluarga saya, yang dipecah masuk oleh penunjuk perasaan awal pagi semalam ditutup rapat, biarpun kebiasaannya dibuka selama 20 jam setiap hari.

Harapan kita semua supaya tidak ada lagi demontrasi seumpamanya di sekitar UPSI yang sebelum ini sentiasa damai. Semoga siswa-siswi yang berdemontrasi awal pagi tadi telah sedar bahawa sikap mendesak keterlaluan seperti itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. 

Kembalilah kepada tujuan hakiki sebagai mahasiswa, menimba ilmu secukupnya di menara gading dan keluar sebagai graduan cemerlang dan bermaruah bagi sama-sama membangunkan negara di bawah kepimpinan Barisan Nasional yang sentiasa adil dan saksama.

Jauhkan diri daripada menjadi alat pemimpin pembangkang yang sudah lemas dengan isu dalaman parti dan peribadi. 

Salam TSB untuk semua!!

13 comments:

Anonymous said...

Polis, tolong belasah cukup2 kalau budak-budak universiti kurang ajag buat demo lagi. Bagi depa tahu langit tinggi rendah.

Anonymous said...

Mana boleh belasah!!???Ikat je, pas tu buh sarang kerengge.

Anonymous said...

Deme nak merasa tido lokap deme nak merasa tido lokap deme nak merasa tido lokap

Anonymous said...

alah masuk Universiti pun kerana Kouta Melayu/Bumiputera/islam sebab terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan "Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu"....kalau nak harapkan SPM/STPM taklah cemerlang sangat pun......masuk Universiti pun kerajaan yang bantu....kalau tak duduk kampung jer lah...

Anonymous said...

BN ADIL LAGI SAKSAMA! HANG MANUSIA BUTA KA BODOH? Shame on you blogger. get a life!

Anonymous said...

apabila kebodohan menguasai akal. maka tersembur dari mulut seseorang itu BN ADALAH PARTI YANG ADIL LAGI SAKSAMA.

Roslan Ghani said...

mase aku belajor dlu kt upsi(dlu ipsi)....xde demo2 mcm nih......... nk keje dgn gomen ,jgn dok lawan2 gomen....... mungkin mak bapak korang nih kayo belake..........

Roslan Ghani said...

mase aku belajor dlu kt upsi(dlu ipsi)....xde demo2 mcm nih......... nk keje dgn gomen ,jgn dok lawan2 gomen....... mungkin mak bapak korang nih kayo belake..........

Anonymous said...

Tuan, Klinik Syifa takde CCTV yg menghadap ke pintu masuk? kalau ade ape kata kita share kat sini/youtube..kita lihat sape punye keje..

Anonymous said...

pastikan kote budak2 kurang ajar tu jadi bengkok,
dan kasi sama dia china doll

ASHAMSURI said...

salam TSB juga Datuk..harap Tg Malim kembali aman. Kita xmo glamour pasal benda2 mengarut ni..

YY said...

Salam YB - tuntut mansuhkan AUKU ok, tapi kenapa ada campur tangan pembangkang? Ini tak ok!

Anonymous said...

POlis x tak di segani atau di takuti sebab Paklah...apa polis buat Polis kena jelaskan itu ini. Bila POlis Mati atau kena belasah, tak ada puak pakatan persoalkan. Kenapa? Politik !!!!. Undang undang kini semua lembik.. Hak asasi itu agenda Barat untuk Runtuhkan Negara saperti Malaysia. Berselidung Ngo d sebalik Hak tersebut. Undang buang daerah, Sekatan , semua akta pencegahan di hapuskan. Bayangkan Penjenayah kaki pukul, kaki bunuh, Raja judi Haram, Gengstar, kaki pecah kereta, ragut, Rompak akan kerajaan bebaskan. Meka ini Polis x ada bukti nak tuduh di mahkamah..Meka bijak perkudakan undang2. Polis tak ada cara lain kena guna akta pencegahan malangnya BN hapuskan sebab mau undi . Rakyat majoriti di anak tirikan hak meka jika meka dimangsakan...kau fikirkan snediri POlis jangan kau harapkan...Tahniah King JUbur dan Pak Lah...