Followers

29 December, 2011

DEMO TAHUN BARU DI UPSI DEMI ADAM ADLI?


Saya difahamkan oleh sumber dalaman UPSI bahawa group mahasiswa yang menyokong Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dari seluruh negara akan berdemontrasi di pusat pengajian tinggi itu pada malam menyambut tahun baru 31 Disember 2011. 

Tujuannya untuk mendesak pentadbiran UPSI supaya tidak mengambil tindakan terhadap pelajarnya, Adam Adli yang mencemarkan nama baik institusi itu dengan bersikap biadap menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di PWTC pada 17 Disember lalu.

Nasihat saya kepada pelajar-pelajar terbabit, jauhkanlah diri daripada aktiviti itu yang boleh merendahkan martabat mahasiswa. UPSI mempunyai autoriti sendiri dalam menentukan apa yang terbaik bagi memelihara imejnya. Sewajarnya mahasiswa, khususnya yang tidak menuntut di UPSI menghormati autoriti institusi terulung dan disegani itu. Biarlah UPSI membuat keputusan yang terbaik baginya dalam kes Adam Adli ini.

Warga Tanjong Malim tidak mahu melihat keharmonian dan kebitaraan UPSI dicemari oleh anasir-anasir yang didalangi oleh satu pihak lain berkepentingan politik. Kebanggaan rakyat di sekitar Tanjong Malim begitu mendalam terhadap UPSI, sebagai institusi yang sejak sekian lama telah melahirkan tenaga pendidik di seluruh tanahair. Tercemar UPSI, maka tercemarlah hati warga di sini.

Mahasiswa yang bijak sepatutnya tidak membenarkan diri mereka diperalatkan oleh pemimpin politik tertentu, apatah lagi daripada pihak pembangkang yang sudah ketandusan modal untuk meraih sokongan rakyat. Sebagai insan terpelajar, mahasiswa sewajarnya mempunyai jatidiri sendiri, apatah lagi pelajar seperti Adam Adli yang dilatih untuk menjadi pendidik anak bangsa.

Disebabkan demontrasi itu akan diadakan di sebelah malam, apakah akan berlangsung satu lagi Candle Light Vigil bagi membela Adam Adli yang melibatkan mahasiswa Melayu-Islam seperti gambar di atas? (Lihat di DI SINI).

Fikirkanlah apa yang terbaik untuk anda semua. Biarpun pengikut SMM amat minoriti di kalangan mahasiswa, tetapi tenaga anda diperlukan untuk turut sama dalam arus transformasi negara yang digagaskan oleh Perdana Menteri kita. Transformasi ini termasuklah sikap terbuka kerajaan mengkaji dan kemungkinan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang kononnya menyekat mahasiswa bersuara dan berpolitik.

Janganlah ada pihak mengambil kesempatan pula atas sikap terbuka kerajaan dan Perdana Menteri itu. Adalah malang jika ada pihak tertentu memperalatkan mahasiswa untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu lebih besar yang bakal diputuskan pada 9 Januari akan datang.

7 comments:

Anonymous said...

Pelajar lah dulu, ingat dah masuk U tu besar sangatlah, tu la fikiran budak budak ,sebenarnya sapa pun tak heran pun pada nama Mahasiswa jangan lah ingat kita besar sangat.

Anonymous said...

berambuslah ADAM serta juak2nya.. dari UPSI... lagi cepat lagi bagus... ramai lagi nak belajar pun aman damai.. yg yang memohon pun ramai lagi...

Anonymous said...

pelajar otak udang....gay ni diperjuangkan?...umat jahilliyah

Anonymous said...

Datuk

Budak2 ni tak sedar2 ke lagi yg dia org ni dah buat keje bodoh?

Buat demo tuntut kebebasan akademik, tapi kenapa pilih PWTC yg ada ibu pejabat UMNO tu? Kenapa bawak turun bendera Presiden UMNO?

Budak2 ni tak faham ka, apa beza jawatan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO tu? Walaupun kedua2 nya disandang oleh DS Najib, tapi terdapat perbezaan skop dan tanggungjawab kedua2 jawatan tu.

Kata la Anwar jadi PM. Wan Azizah jadi Presiden PKR. Kalau nak demo tuntut kebebasan akademik, buat apa pi bawak turun bendera Wan Azizah?
Tak ka bodoh punya keja?

Mahasiswa cap ayam. Orang suruh belajar sampai habis tapi degil kepala batu. Lepas tu tak sedar diri nak buat regime change konon. Ptuii....


Sang Beday

Anonymous said...

mereka lupa apa dasar mereka disana , mereka rasa mereka dah cukup dewasa dan tau segala cara..tapi mereka juga lupa harapan bubapa dan negara kepada mereka yang sia2 jka meneruskan agenda yang penuh kekusutan dem satu agneda seorang petualang yang ngn memusnahkan bangsa nya...

Anonymous said...

Kome dah lupe ke tun m msa student dlu kritik perdana menteri zaman dia.. Dia bodoh ke dlu.. Jadi je dia perdana menteri.. Sejarah jgn lupe..

Anonymous said...

Demo perkasa ngan pro aspirasi bleh plak.. Double standrd.. Lepas nie demo oleh pro-aspirasi dgn perkasa kita akan minta fru/polis belasah semua pendemo..