Petang tadi saya terima beberapa sms memberitahu bahawa esok grup parti pembangkang akan mengadakan demontrasi di pintu utama UPSI kononnya bagi membantah campurtangan politik ke atas pentadbiran institusi itu dan kebebasan mahasiswa untuk bersuara.
Blok UPSIkini pula mengesahkan kononnya 500 juak parti PAS akan turut serta seperti laporannya di SINI.
Cadangan saya, lebih elok jika demonstran itu bawa Adam Adli bersama mereka. Ramai warga Tanjong Malim nak mengenali pelajar ini dari dekat. Saya juga difahamkan ada satu kumpulan lain yang akan memerhatikan gerak geri kalian semua. Mereka nak tenguk macamana kalian nak huru-harakan Tanjong Malim yang aman damai ini, dan bagaimana kalian mahu mencemarkan nama baik UPSI yang amat mereka banggakan.
Nak desak pentadbiran UPSI supaya tidak mengambil tindakan terhadap Adam Adli? Tindakan itulah sebenarnya yang menunjukkan parti politik kalian cuba mencampuri urusan dalaman UPSI.
Kita jumpa esok.
3 comments:
Dato...sedar tak sedar...budak Adam Adli ni berani kurang ajar..pasal TNC bukan org UMNO..tp ahli UMNO..skrg terbaru dilantik..TNC Akademik..Prof Omar Abdul kareem org PKR..tapi nak menyamar jadi ahli UMNO..sedar sikit Dato, budak Adam Adli ni berani melakukan perkara sedemikian disebabkan kelemahan UMNO Perak membiarkan org luar memegang tampuk pemerintahan UPSI..Jika ia dipegang oleh org kita, nescaya ia tidak akan berlaku..saya dh buat sehabis baik masa 2007 dahulu..Dato juga sy panjangkan perkara ni..tapi malangnya, org PErak sendiri tak sayangkan UPSI di mana satu2nya Universiti unggul dlm negeri PErak..jadi, dgn terhasilnya budak Adam Adli ini, adalah kegagalan UMNO perak..mintak maaf sy kata begini..sbb di PErlis..org UMNO Perlis & juga institusi raja Perlis mengambil berat UNIMAP walaupun baru setahun jagung..tapi dah jauh ke depan dari UPSI..tengoklah..kampus baru dah bertahun2 tak siap2 lagi...sekadar renungan dato..saya alumni UPSI..
Masalah Adam Adli ni bukan masalah pelajar turunkan bendera. Masalahnya ialah budak semuda dia dah dipengaruhi dengan pembangkang yang macam Malaysia ini dan pemerintahnya dah teruk sangat.
Semua orang cukup makan, peluang kerja ada di mana-mana. Orang yang bising di internet yang ramai sangat ni pun sebenarnya senang sebab mampu melanggan internet menunjukkan dia mampu.
Macam bapak saya cakap, Malaysia ni kalau lapar tu samaada dua je lah. Sihat tak boleh kerja atau MALAS nak bekerja.
Mengatakan pemimpin BN ada masalah hanyalah kata-kata kosong dan kadang-kadang sampai ke tahap fitnah. Yang pembangkang jelas buat salah macam video Anwar Ibrahim boleh pulak tutup mata silap cakap BN jugak salah.
Oklah panjang sangat pulak komen. Semoga Dato sihat dan bekerja dengan aman.
-Budak Besout-
kena pantau dan lihat perkembangan tu Datuk..kita tak mau huru hara d Tg. Malim tu..
Post a Comment