24 December, 2011
NOTIS UPSI TERHADAP ADAM ADLI
Tahniah diucapkan kepada pentadbiran UPSI kerana mengambil langkah segera memanggil pelajarnya, Adam Adli untuk dihadapkan ke jawatankuasa pendengaran tatatertib universiti itu pada 9 Januari 2012.
Tindakan Adam menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri di PWTC pada 17 Disember lalu telah menjadi isu nasional, menjejaskan imej UPSI dan mengganggu ketenteraman awam. Maka wajar UPSI menyelesaikan isu ini segera.
Notis pendengaran tatatertib telah diterima Adam ketika beliau membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi siang tadi, disampaikan oleh seorang kakitangan UPSI.
Semua pihak mahu isu ini tidak terus-terusan dipolemikkan. UPSI juga pastinya mahu menjaga nama baiknya sebagai sebuah institusi tertua dan terunggul melahirkan tenaga pendidik anak bangsa. Agak malang bagi UPSI kerana mempunyai seorang pelajar bernama Adam Adli yang dididik untuk menjadi pendidik, sebaliknya menjadi pemberontak yang bersekongkol dengan agenda politik parti pembangkang.
UPSI mempunyai integritinya sendiri. Tidak wajar mana-mana pihak menyekat institusi pengajian itu untuk bertindak terhadap pelajar yang telah menunjukkan sikap buruk dan biadap sehingga menjatuhkan integritinya. UPSI berjuang melahirkan tenaga pendidik bermaruah dan bertamadun, bukannya pendidik yang rendah akhlak dan menjunjung undang-undang rimba.
Semoga ketegasan UPSI dalam menangani isu Adam Adli ini dijadi pengajaran betapa pentingnya golongan mahasiswa memelihara adab di dalam negara berdaulat dan bermaruah ini. Adab itulah yang bakal diterapkan kepada anak didik apabila mereka masuk ke dunia persekolahan nanti sebagai seorang pendidik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 comments:
Bayangkan orang datang rumah ko Adam..dan turunkan barang2 ko tetiba je ! apa rasa ?
adam, ko memang tak amanah. ko mahasiswa universiti pendidikan. universiti utk melahirkan golongan pendidik. apa ilmu yg ko pelajari hingga boleh bertindak BIADAP mcm tu? adam, cuba ko bayangkan bilamana ko telah bertugas sebagai guru nanti. ada dikalangan pelajar ko yg tak puas hati dgn ko lalu bertindak memijak gambar ko di tapak perhimpunan dgn disaksikan pelajar2 & guru2 yg lain. apa perasaan ko? ko dh tahun 3, sepatutnya dh boleh gunakan akal dgn rasional (kalau masih ada akal). ko dh lupa pengkhususan ko tu. aku ingatkan ko. ko mengkhusus dlm bidang tesl. apa kaitan tesl dgn berarak ke pwtc dan turunkan bendera yg ada gambar pm? signifikan atau tidak? adakah itu ko punya tesis? adam, penglibatan mahasiswa dalam pelbagai bidang bukan akademik amat dituntut selari dgn keperluan pengalaman ketika dalam bidang kerjaya nanti. tp kalau bidang yg ko ceburi itu menjurus kepada xtvt yg boleh memporakperandakan negara, ko boleh jawab sendiri.
adam, aku adalah super duper senior ko. ada paham?
Ni, sekor lagi mangkok yang tak sedar diri. Siapa yang menanggung di di UPSI tu? Jangan ingat mak bapak dia sahaja. Duit rakyat yang digunakan untuk menampung subsidi kerajaan kepada setiap pelajar U tu dia tak sedar ke? Apalah punye mangkok. Jangan tiru spt MB Selangor dah le...
Musahabah diri lah wahai Adam. Sedarlah diri mu telah di 'peralatkan'.
Musahabah diri lah wahai Adam. Sedarlah diri mu telah di 'peralatkan'.
anak haram nie mana ada reti hormat hak orang lain ... la ni dok sebok citer pasai hak dia ... belajar hormat hak orang lain baru orang akan hormat hak hang bodoh punya melayu ....
satu family samajer ...
adam, ko dah praktikal ke belum? kalau belum meh mari la di sekolah aku untuk praktikal... konform aku gagalkan kau
Post a Comment