Followers

23 December, 2011

KENAPA TAK RAMAI HADIR DEMO PR DI UPSI?


Satu tanda soal - ke mana perginya penyokong PKR dan PAS yang diwar-war akan menyerbu pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim dijadualkan pada jam 1.00 tengahari tadi bagi membela Adam Adli? 

Apa yang dilihat, hanya sekitar 30 orang yang hadir, tidaklah lebih seribu seperti yang dijangkakan oleh laman-laman pro-pembangkang. Mesej jemputan melalui SMS tersebar luas sejak pagi semalam (21 Disember), selain promosi melalui laman sosial. Lihat di SINI dan di  SINI.

Pada jam 1.05 minit saya menyusuri jalan di hadapan pintu utama UPSI bagi meninjau situasi di situ. Mulanya saya menjangkakan jalan sesak dan sukar dilalui. Tetapi apa yang saya dapat lihat adalah beberapa orang disyaki dari luar Tanjong Malim sedang mundar-mandir di pinggir jalan membawa belon berwarna hijau. Biarpun begitu, pintu utama UPSI ditutup mungkin bagi mengawal keadaan di luar jangkaan.

Pada jam 2.00 petang sekali lagi saya ke sana. Tidak ada apa-apa yang berlaku dan pintu pagar dibuka seperti biasa. 

Sumber dalaman UPSI memberitahu, sekitar tak lebih 20 orang datang di depan pintu utama institusi itu, dan mereka menghantar satu memorandum melalui ADUN Sungkai (DAP), A. Sivanesan bagi menggesa UPSI tidak terpengaruh dengan desakan UMNO dalam membuat keputusan terhadap pelajarnya, Adam Adli yang telah bersikap biadap menurunkan bendera tertera wajah Perdana Menteri di PWTC pada 17 Disember lalu.

UPSI telahpun memberitahu Sivanesan bahawa pihak mereka tidak akan terpengaruh dengan mana-mana desakan, dan tindakan yang bakal dikenakan terhadap Adam adalah berdasarkan peraturan yang telahpun ditetapkan oleh institusi itu terhadap pelajarnya. Saya menyokong pendirian UPSI ini.

Berdasarkan jumlah kehadiran siang tadi, mungkinkah PR sudah semakin kehilangan penyokong untuk turun berdemonstrasi di jalanan lagi? Jika begitu, saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana telah dapat menilai dengan baik sesuatu isu. Tambahan lagi apabila isu itu melibatkan tindakan biadap seorang pelajar terhadap Perdana Menteri yang tidak wajar berlaku di sebuah negara bertamadun, merdeka dan berdaulat ini.

Kepada warga Tanjong Malim, ayuh kita kekalkan keharmonian pekan bersejarah ini yang menempatkan sebuah institusi tertua dan telah banyak melahirkan tokoh nasionalisme negara.

10 comments:

zulfikar hazri said...

Dato, sedangkan Anwar Ibrahim kena bicara kat mahkamah pun tak sampai 1000 org datang bagi sokongan.. ni kan budak mentah Adam Adli tu.. ceittt..

Anonymous said...

andaikata anda[adam adli] dilantik jadi PM suatu hari nanti kebetulan berumur pulak tu dan diperlakukan serupa terhadap anda...apakah perasaan anda ketika itu sudah tentu tersinggung bukan?... oleh itu hormatilah pemimpin kelak nanti orang akan menghormati kita... gunalah akal yang dianugerah allah tu sebaik mungkin agar tidak tersesat

Anonymous said...

ambil aje nama yang hadir tu lepas tu berhentikan saja, ramai lagi yang betul2 nk belajar..klu baru setengah masak dah nk tunjuk pandai suruh dia berdikari kat luar baru dia tau langit tinggi rendah....tindakan mesti tegas, buang saja jangan dok bagi amaran mcm.....

Anonymous said...

saya ada terbaca bagaimana adam adli (nama dah cukup indah mak ayah bagi) mempersoalkan org ramai yg mengutuk dan biadap terhadap bapanya... tidak terfikirkah dia bahawa Dato Najib juga punya anak-anak. pernahkah anak-anak Dato najib memperlakukan bapa si Adam ini sedemikian rupa? tentu seakli tidak. jika dia tahu rasa marah bila bapanya dikutuk dan dicerca, bagaimana pula dgn perasaan anak-anak Dato Najib? beginikah nilai seorg mahasiswa yg kononnya terpelajar? MAHU DIHORMATI TETAPI TIDAK TAHU MENGHORMATI ORG LAIN?
saya sokong, untuk apa UPSI menyimpan pelajar yg sebegini membawa nama UPSI pada masa hadapan? simpan dan didiklah mereka yg mahu dididik, diajar dan ditegur bukan simpan mereka yg tidak suka dididik, tidak suka ditegur dan kurang ajar. adakah pelajar begini yg UPSI mahu jadikan aspirasi kepada bakal pelajar2nya di masa hadapan? UPSI tmpt ramai kalangan ahli keluarga saya menimba ilmu. saya boleh lihat mereka bangga setiap kali bercerita tentang UPSI tp kerana disebabkan nila setitik maka rosak susu sebelanga... adakah UPSI mahu legasi mereka yg dipandang tinggi masyarakat luar hancur semata2 ingin menyimpan seorg manusia yg kurang ajar tetapi ada hati mahu mengajar org lain?

KZSO said...

macamana tak ramai..kat depan pagar masuk upsi tidak ada tinang bendera yang boleh diturunkan...tak happenning ler kalau tak ada bendera yang boleh diturunkan...

Anonymous said...

Senarai Pemimpin PKR keluar parti
Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

ASHAMSURI said...

Anon 1.26

saya setuju dengan pendirian tersebut. Buang pd mana2 yg sibuk nak berpolitik, dan beri ruang tu pd ramai lagi pelajar yg nak belajar..

radion`world said...

bile kes melibatkn sebangsa sndri, bria2 lah menyuruh ambil tindakn yg setegasnye. Klu bangsa lain yg buat hal, knp x digesa ambil tindakan yg sama setegas2nya? mane2 yg choose identity as anonymous, klu brani terterakn nama korg. jgn hanye tgglkn komen tanpa name. korg nk pijak, jgn pijak sebangsa sndr. sdngkn bangsa lain pun buat hal tp korg snyp diam mbisu...

radion`world said...

as

Anonymous said...

pihak upsi tidak akan terpengaruh dengan mana2 parti politik.