Followers

23 November, 2011

HARIMAU MUDA : DI MANA PATRIOTISME DAP?


Mulanya saya beranggapan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan skuad Harimau Muda negara memungut pingat emas dalam acara bolasepak Sukan Sea menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia dalam perlawanan akhir malam semalam. 

Mengekalkan pingat emas, dan berdepan pula dengan sorakan lebih 100,000 penyokong tegar bolasepak Indonesia bukanlah perkara mudah, sebaliknya memerlukan kekuatan mental dan emosi yang cukup kuat daripada kesebelasan bawah 23 tahun negara.

Namun anggapan saya itu meleset. Rupanya ada juga rakyat warga Malaysia yang langsung tidak mempunyai semangat patriotik, tambah lagi mereka adalah merupakan pemimpin politik yang telah dipilih oleh pengundi rakyat Malaysia. Kemenangan skuad Harimau Muda itu tak ada nilai apa-apa bagi mereka.
   
Dalam Sidang DUN Perak pagi semalam, ADUN Trong (BN), Datuk Rosli Husin bangun untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan muda bolasepak Malaysia, sebelum beliau mengemukakan soalan lisan ketiga. Belum sempat beliau menghabiskan ayat penghargaannya, ADUN Pasir Pinji (DAP), Thomas Su (foto bawah) bangun membantah dengan mendakwa tindakan ADUN Trong itu tidak mengikut peraturan mesyuarat. Suasana dewan tiba-tiba menjadi hangat, dengan sikap sebahagian besar Adun pembangkang yang turut menyokong bantahan Thomas Su itu.


Apalah salahnya Datuk Rosli mengucapkan tahniah di dalam Dewan yang mulia? Lagipun soalan ketiganya berkaitan prestasi sukan di negeri Perak. Malah saya dapat lihat di kaca TV malam tadi sebilangan besar Ahli Parlimen turut mengucapkan tahniah atas prestasi Harimau Muda mengalahkan Indonesia. Ahli Parlimen Kota Belud, Dato' Abdul Rahman Dahlan memulakan soalan lisannya dengan pantun mengucapkan tahniah kepada skuad bolasepak muda sebelum mengemukakan soalan dalam baris terakhir rangkap pantunnya itu.

Tidak juga cacat Sidang DUN Perak sekiranya penghormatan kepada skuad Harimau Muda diberikan secara begitu, berbanding dengan sikap sebahagian ADUN pembangkang yang memanjat meja, mematahkan mikrofon, menyerbu ruang pihak lawan, menjerit tak tentu pasal, memaki hamun, memukul Bentara Dewan dan lain-lain lagi suatu masa dulu. Sikap mereka ini lebih teruk dan merosakkan kesucian Dewan dan memberi gambaran buruk kepada dunia luar.

Tidak juga cacat Dewan Rakyat di Parlimen apabila Datuk Rahman membacakan pantun sebelum soalan lisan, berbanding jerit pekik Nizar Jamaluddin sebaik selesai membacakan watikah angkat sumpah selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang. 

Apa yang jelas, pakatan pembangkang khususnya DAP langsung tidak ada semangat patriotik. Majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar kehidupan merasa begitu berbangga dengan kejayaan Harimau Muda mengutip 'ibu segala pingat emas' di Sukan Sea buat negara. 

Atas kejayaan besar negara itu, tak kiralah cara apa kita menyatakan penghargaan samada memberikan ganjaran kewangan kepada pemain dan pegawai yang terlibat dengan skuad berkenaan, ataupun mengucapkan tahniah di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Tak kiralah samada sebelum mengemukakan soalan lisan ataupun dalam sessi soalan tambahan atau perbahasan. 

Thomas Su dan team pembangkangnya perlu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat kerana mereka dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya. Janganlah ketika rakyat bergembira kerana mencapai kejayaan, pemimpin pilihan mereka menghalang pihak lain berkongsi kegembiraan rakyat itu.

Apapun, tahniah skuad Harimau Muda dan selamat kembali ke tanahair setelah berjaya mengharungi 'peperangan' yang cukup sengit dengan pemain dan penyokong fanatik Indonesia di Tanah Jawa.

9 comments:

tobeng said...

Biasalah kiblat komunis2 ni adalah china dan s'pura i.e negara2 cina.Lahanat2 ni akan sokong pasukan negara kalau pemain2 semua berbangsa cina.Tipikal sangat pemikiran komunis lepasan sekolan perkauman jenis kebangsaan cina ni.

Tapi ada juga barua2 Melayu yg sanggup membangsatkan diri menyokong komunis2 gunting dalam lipatan ini.

tobeng said...

Biasalah kiblat komunis2 ni adalah china dan s'pura i.e negara2 cina.Lahanat2 ni akan sokong pasukan negara kalau pemain2 semua berbangsa cina.Tipikal sangat pemikiran komunis lepasan sekolan perkauman jenis kebangsaan cina ni.

Tapi ada juga barua2 Melayu yg sanggup membangsatkan diri menyokong komunis2 gunting dalam lipatan ini.

Anonymous said...

anto je si thomas su tu ke indon..hbs cerita.

Anonymous said...

Adakah satu kebetulan???
Sesiapa yang mnyokong barua Yahudi pasti mendapat padahnya
PAS yang menjilat barua Yahudi sdang dihukum oleh rakyat Malaysia
Indonesia yang suka dibayar oleh barua Yahudi pun tewas dan dimalukan dikandang sendiri terutama dalam sukan bolasepak....
Itu lah bahana menyokong barua Yahudi

Anonymous said...

Tahnia kepada melayu-melayu yang menyokong FUCKATAN PEMBANGKANG pada pilihanraya 2008. Anda telah membuat pilihan tepat dengan melantik Kominis dan konco-konco mereka memerintah Perak. Nasib baik BN dapat rampas semula , jika tidak semua cina akan dapat geran 999 tahun dan Melayu hanya layak bareng di atas jalanraya mengganggu Sultan lalu.Tahniah melayu Perak atas 'kepandaian' kamu semua pada 2008.

usin said...

cuba tanya dap, malaysia lwn indonesia, dorang sokong sapa? komfem dorang sokong indon sbb bg dorang malaysia adalah bn. nampak bodoh & penuh dengki khianat. soal patriotisme memang dorang takde. kosong. yg penting kuasa politik. pelik betul cara pembangkang berfikir....

Anonymous said...

mmg betul.apa2 yg diperjuangkan oleh pembangkang semuanya memperlekehkan apa2 yang berkaitan dengan malaysia seolah2 mereka ni bukan warganegara.semuanya berasaskan hasutan.jd pembangkang yg baik,biarlah kritikan membina atas sesuatu isu dengan cadangan yg lebih baik.apa yg kita lihat adalah sebaliknya.jadikan isu utk kepentingan politik kepartian.merosakkan imej parti lawan dengan harapan rakyat akan mengundi mereka tanpa apa2 pulangan yg baik untk rakyat.

Mat Kelubi said...

cuba tgk dalam stadium.. macam malam tadi Malaysia vs syria.. berapa kerat orang cina @ india yang datang sokong skuad negara..bandingkan ketika Malaysia vs liverpool,chealse, arsenal..stadium penuh tapi bukannya sokong skuad negara tapi sokong pasukan luar.. puak2 ni mana ada langsung semangat cintakan negara malaysia,tidak ada langsung berjiwa patriotik... ini semuanya asuhan dan didikan dari dap celaka..

Anonymous said...

DAP adalah parti komunis. secara senyap akan melenyapkan bangsa melayu dan umat islam dari negara tercinta tercinta ini. sama2lah kita memperjuangkan dan mempertahankannya.