Pembangkang di Negeri Perak ternyata sudah hilang modal untuk mengelirukan rakyat dalam ceramah-ceramah mereka. Setiap isu yang mereka tonjolkan sebelum ini dilihat sebagai satu siri penipuan, setelah rakyat dapat menilai dengan positif dasar-dasar pentadbiran yang dibawa oleh Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir selaku Menteri Besar.
Sebelum ini ternyata mereka gagal mempengaruhi rakyat terhadap isu-isu murahan rekaan sendiri semurah isu ‘ancak’ dan isu tanah yang menempatkan lebih 100 keluarga nelayan termasuk rumah ibu Dr. Zambry di Kampung Masjid, Pangkor.
Akibat kering modal, pemimpin pembangkang di Perak khususnya dari parti DAP kini mereka-reka pula cerita dogeng untuk dijadikan halua telinga penonton dalam siri ceramah mereka. Gagal membawa isu berkaitan corak pentadbiran BN di Perak, pihak parti pembangkang cuba pula menyelak kain UMNO Negeri. Maka diciptalah cerita kononnya ada di kalangan pemimpin UMNO negeri yang tidak sebulu dengan Dr. Zambry dan mahu melihat beliau digulingkan daripada jawatan Menteri Besar.
![]() |
| Tweet ADUN Teja (PKR), Chang Lih Kang yang membantu menyebarkan idea keji Thomas Su |
Cerita rekaan DAP dan PKR ini dibawa dalam ceramah mereka, dan disebarkan melalui laman Twitter. ADUN Pasir Pinji, Thomas Su kini sedang rancak menjuarai isu baru rekaannya. Beliau yang sedang bermasalah dengan taiko DAP Perak, Ngeh Ko Ham dan sepupunya Nga Kor Meng nampak seolah-olah mahu mencari nyawa untuk kekal sebagai calon DAP dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Maka dijuarailah oleh Thomas Su cerita kononnya beliau terpandang kurap di betis UMNO Perak. Digendanglah segenap pelosok pentas mengharapkan cerita karut yang dibawanya membuka rasa simpati Ngeh dan Nga terhadap nasibnya yang semakin berada di hujung tanduk.
Di pihak pemimpin DAP dan PKR pula, mereka sememangnya mengharapkan Dr. Zambry tidak lagi menjadi Menteri Besar. Dr. Zambry dilihat sebagai ‘hantu’ yang menghalang cita-cita mereka untuk menguasai Negeri Perak dalam PRU13 nanti. Selagi Dr. Zambry duduk di kerusi Menteri Besar, selagi itulah harapan mereka sukar dicapai.
Dasar-dasar pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Dr. Zambry ternyata semakin dapat menambat hati rakyat. Program turun padang dan bermesra dengan rakyat begitu disenangi oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Setiap isu yang dibawa oleh pembangkang dapat dipatahkan di dalam dan di luar Sidang Dewan Negeri dengan begitu mudah. Itulah sebenarnya yang menggusarkan DAP dan rakan pakatannya.
Sebelum ini tindakan pembangkang hendak menggulingkan Dr. Zambry melalui proses mahkamah ternyata tidak berjaya. Setelah gagal, mereka mempertikaikan pula keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, sehingga yang terbaru mendakwa perlantikan hakim dalam perbicaraan itu tidak mengikut prosedur. Dakwaan seumpama ini juga tidak cukup kuat untuk mencapai cita-cita mereka merentap Dr. Zambry turun dari kerusi Menteri Besar yang didudukinya.
Maka Thomas Su yang tersepit itu mendapat idea baru. Dengan idea itu, niat pertamanya mahu memenangi semula hati Ngeh dan Nga, dan niat lainnya mahu membantu DAP mengurangkan kredibeliti Dr. Zambry sebagai Menteri Besar di mata rakyat Negeri Perak. Mungkin juga ideanya itu memberi modal baru kepada Ngeh dan Nga untuk dibawa dalam siri ceramah mengaburi fikiran pengundi.
Apa yang pasti, betis dan peha DAP Perak kini dipenuhi kudis buta yang semakin membusung. Masalah dalaman parti itu sudah hampir sampai ke puncak untuk meletup. Kumpulan sepupu Ngeh dan Nga yang menguasai DAP Perak sudah tidak sebulu dengan kumpulan Kula dan satu lagi kumpulan yang diterajui Thomas Su sendiri. Pemilihan parti sebelum ini menggambarkan segala-galanya.
Oleh itu, lebih baiklah Thomas Su menjaga tepi kain sendiri daripada menyelak kain orang lain. Jika rezekinya di Perak hanya sekadar tamat penggal ini, terima sahajalah hakikat. Bukankah Kedah negeri asalnya masih ada kerusi yang dikhaskan untuk DAP. Itupun kalau dia dapat berpaut kepada dua beranak pula, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.


1 comments:
Assalamualaikum Dato'
berkenaan jalan alternatif felda besout ke slim river yang sudah lama tidak dapat siapkan..apa cerita di sebaliknya? semua jentera-jentera berat untuk kerja2 membuat jalan sudah diangkut keluar..PRU makin dekat..takut2 nanti orang besout x pangkah BN dah...
Rakyat prihatin isu jalan Besout-Slim
Post a Comment