Followers

27 June, 2011

BERSIH 2.0 - SIAPA SEBENARNYA AMBIGA?



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan (foto) sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak-tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuainya. 
 
Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit polis, maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu, walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak,” katanya.

Tegasnya keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik, bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin, termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak ’bersih’.

“Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO.

“Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik), terutama orang awam mengenai kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka,” katanya.

Zainal turut menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi ‘kekotoran'’ yang sedang berlaku dalam parti pembangkang.

“Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau-bilau, huru-hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan mereka meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya.

Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk kepentingan kekuasaan mereka sendiri, katanya. – BERNAMA
 

8 comments:

Anonymous said...

Tunggu apa lagi...
Tangkap dan ISA Ambabiga ni...

Ekonomi akan musnah dek Petualang Negara ini...

Anonymous said...

Tangkap AmBabiGa...dan tahan dia dibawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong.


Seksyen 122 pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.

Anonymous said...

paria muka macam tosai tak cukup tepung ni pun boleh pengaruhi orang utk demo. Bangsat betui keturunan bangang yang ikut orang membabi buta ni. Memang sial- sesial-sialnya...nampak sangat jenis diorang keturunan lembu kena cucuk.

boboi said...

saya budak umur 15 tahun. kenapa semua orang marah ambiga? kan ulama hj hadi dan nik aziz dah beri fatwa taatkan ambiga sebagai imam kita untuk perhimpunan bersih? jadi sebagai pelajar adalah lebih baik saya mati syahid mengikut ambiga. Ini kerana telah disahkan oleh ulama nik aziz dan hj hadi.saya keliru lah uncle?

Anonymous said...

Kalu jadiklah perarakan tu,,,,Ambiga dok depan, tokguru (tok garu?) + ramai org berserban / berkopiah dok belakang dia .....he he he
PKR tu tak pa lah...dah perangai dio org ggitu

cuba teka SIAPA YG BODOH??? Org PAS jawablah (PASS @ FAIL?????). Guna akal la sikit brother .

UNDILAH BN utk Kelantan Yg Cemerlang

abu idris said...

arrayah.info - Analisis di antara KHILAFAH 2.0 dengan BERSIH 2.0

Anonymous said...

"Muka dia pun macam muka penyamun, perangai dia pun memang sudah sah macam penyamun! Yang korang bijak pandai ni nak ikut si Penyamun ni secara membabi buta ni apa pasai??" Hanya orang yg takde otak, atau otak tak cukup matang saja yg akan termakan dengan kata2 si ambiga ni. Dia tidak layak pun menjadi pemimpin untuk orang2 melayu sebab...dia ni pembohong.

r.a.firdausi said...

ambiga-ambiga... ntah pepela yang sokong dia nie...

jom tengok blog saya pula...:)

http://abangkacak.blogspot.com/2011/07/politik-oh-politik.html