Followers

09 May, 2011

NEGARA KRISTIAN : TIADA PENAFIAN JEFF OOI


Jeff Ooi (tengah) bersama Lim anak beranak

Ahli Parlimen DAP kawasan Jelutong, Jeff Ooi sekadar menyifatkan laporan menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian sebagai cerita dongeng, tanpa menunjukkan kesungguhan untuk menafikan dakwaan bahawa beliau telah mendalangi satu ikrar yang dilafazkan dalam jamuan makan malam di Hotel Red Rock, Jalan Macalister, Pulau Pinang pada Khamis lalu.

Sebaliknya Jeff Ooi yang terdesak itu menjadikan Utusan Malaysia dan dua blog yang melaporkan upacara ikrar itu sebagai ‘kambing hitam’ bagi menutup rahsia yang telahpun bocor ke pengetahuan umum.

Laporan muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei menyiarkan pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain dikatakan membawa agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, dan Perdana Menteri dari penganut agama Kristian.

Utusan Malaysia memetik pendedahan dua laman blog ‘bigdog’ di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? Dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Inilah sebenarnya sikap DAP yang sering menganggap perbuatan dan perancangannya tidak dapat dihidu oleh kaum dan penganut agama lain. Sama seperti PAS yang cuba memperalatkan Islam dalam menarik sokongan orang Melayu terhadap partinya, DAP pula nampak cenderung memperalatkan Kristian dengan tujuan mendapatkan laba politik di kalangan penganut-penganut agama itu.

Seperti mana strategi PAS, DAP juga mengambil pendekatan melacurkan agama untuk tujuan politik. Majoriti umat Islam menolak politik sempit keagamaan yang dibawa oleh PAS, begitu jugalah hendaknya sikap majoriti penganut beragama Kristian terhadap DAP yang cuba memperalatkan agama dalam mengejar cita-cita politiknya.

Pemimpin-pemimpin Kristian tempatan dari mazhab Kristian Evagelical, Katolik dan Protestan sudahpun menyatakan pendirian untuk mengakui agama Islam sebagai agama rasmi negara sepertimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Dr. Eu Hong Seng.

Tumpuan pemimpin-pemimpin Kristian ini sewajarnya tidak terarah untuk menyalahkan laporan Utusan Malaysia atau dua blog berkenaan, tetapi lebih kepada menyelidik samada benar DAP telah mendalangi ikrar yang dilaporkan. Pepatah Melayu berkata, “kalau tak ada angin, takkan pohon bergoyang”.

Kita berharap supaya isu ini tidak menyemarakkan perasaan negatif di kalangan rakyat berbilang agama di negara ini. Kita mahukan sebuah negara yang aman damai dan ditadbir berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub.

1 comments:

budakbalun said...

Salam YB..
Bahaya yang sebenarnya adalah..
Umat Islam itu sendiri sudah berperangai kristian!

Aurat semakin dilupakan..
Walhal pemimpin No.1 Malaysia pun gagal mentarbiyah isterinya..

Hiburan semakin melampau..
di Astro.. dari budak kecik hinggalah warga tua dihanyutkan dengan pertandingan nyanyian yang jelas melalaikan..

Kristian sangat takut hendak bermain dengan tag nama Islam.
tetapi mereka menggunakan taktik 'tapai dan ragi"..

Lihat tapai ubi kayu..
bentuknya masih seperti ubi..
tetapi hakikatnya ianya telah menjadi tapai!

itulah bahayanya..
lebih bahaya daripada musuh yang nyata..

Sekadar pandangan..
Wallahua'lam

p/s: sudah tiba masanya UMNO selaku teraju utama negara membawa usul menguatkuasakan undang2 Syariah di Parlimen! Saya yakin semua MP baik dari PR terutamanya PAS akan menyokong usul tersebut!
Persoalannya, mampukah MP UMNO?