Followers

28 December, 2010

BEST! VIDEO MALAYSIA GANYANG INDONESIA

Tiga gol yang dijaringkan oleh pasukan Malaysia ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki sewajarnya membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Anak buah K. Rajagopal sudahpun mengganyang Indonesia di Stadium Bukit Jalil.

Ayuh!! ganyang mereka di bumi Indon pula pada 29 Disember ini.

video

Aksi dalam video ini begitu membanggakan. Sewajarnya semua blog warga Malaysia menjadikannya posting istimewa dalam blog masing-masing.

25 December, 2010

FELDA DAN HARTAWAN GETAH

 

Pekebun-pekebun kecil getah menerima durian runtuh kesan daripada kenaikan harga bahan komoditi itu. Samada mereka peneroka tanah-tanah rancangan (Felda, Risda, Felcra dan lain-lain), atau pekebun kecil yang mempunyai kebun sendiri, pastinya kenaikan mendadak harga getah membuatkan mereka lapang hati.

Harga semasa getah beku (atau sekerap) adalah antara RM5.00 hingga RM6.50 sekilogram, berbanding kira-kira dua bulan lalu yang berada pada tahap RM1.20 sekilogram. Harga getah sekerap pernah pada tahap RM0.50 beberapa tahun lalu.

Di tanah rancangan Felda yang masih lagi menjadikan getah sebagai tanaman utamanya, rata-rata pendapatan bulanan peneroka lebih tinggi dari guru berijazah, malahan mengatasi elaun asas seorang wakil rakyat yang mereka pilih dalam Pilihanraya Umum lalu.

Din Baung (nama gelaran), seorang anak generasi kedua di Felda Sungai Behrang berkata, dengan harga sekerap RM5.00 sekilo, pendapatan peneroka berada pada paras purata RM4,500 sebulan, itupun setelah ditolak 40 peratus bayaran kepada pekerja atau pemajak. Jika peneroka mengusahakan ladangnya sendiri, pendapatan mereka boleh mencecah RM7,500 sebulan!. 

Perkiraan Din begini – purata ladang peneroka seluas lapan ekar boleh menghasilkan 100 kilogram sekerap sehari torehan. Dengan harga RM5.00 sekilogram, pendapatan sehari adalah RM500. Dalam setahun, pokok getah boleh ditoreh kira-kira 180 hari (atau enam bulan) setelah mengambil kira faktor cuaca. Ini bermakna pendapatan tahunan seorang peneroka yang mengusahakan ladangnya sendiri adalah RM90,000, bersamaan RM7,500 sebulan. 

“Kiralah jika harga pada paras RM6.50 sekilo. Bagi setiap tin minyak tanah yang diisi sekerap, nilainya sekitar RM100,” kata Din.

Kenaikan harga getah meningkatkan juga aktiviti tidak sihat, iaitu kegiatan pencuri getah sekerap. Aktiviti ini cukup merisaukan pekebun-pekebun kecil getah dan peneroka-peneroka, khususnya bagi mereka yang menjual hasil torehan dalam bentuk getah sekerap. Kerja agak mudah, tetapi berdepan dengan risiko kecurian. Menoreh pagi, pencuri datang mengutip hasil sebelah petang. Menoreh petang, mereka datang pula mencuri di waktu malam. 

Ramai juga di kalangan pekebun kecil dan peneroka yang lebih suka menjual hasil torehan dalam bentuk susu cair (latex) untuk mengelakkan hasil kerja mereka dicuri, khususnya semasa harga getah melambung seperti ketika ini. Kerja ini agak remeh dan memakan masa yang agak lama untuk pekebun berada di ladang, tetapi ianya dapat mengelakkan aktiviti pencuri, selain harga getah cair lebih tinggi.

Apa yang diharapkan, pekebun dan peneroka sentiasa berjimat cermat dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. ini. Panas tidak selalunya sampai ke petang. Harga getah berkait rapat dengan harga di pasaran dunia. Kenaikan harga getah biasanya berkait rapat dengan kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa, menyebabkan tumpuan pengeluar barangan berasas getah sentetik yang diperbuat dari petroleum bertukar kepada getah asli. Maka permintaan terhadap getah asli meningkat secara mendadak menyebabkan harganya juga meningkat. Pastinya harga getah akan menurun semula sekiranya berlaku penurunan terhadap harga petroleum di pasaran antarabangsa.

Dahulu pernah muncul kisah lawak popular kononnya ada peneroka Felda membakar note RM50 untuk menyuluh kunci rumah yang terjatuh. Popular juga cerita peneroka menyimpan pakaian di dalam peti sejuk sedangkan tanah rancangan itu belum dibekalkan tenaga elektrik. Walaupun cerita-cerita itu tidak benar dan hanya lawak, tetapi semuanya bertujuan mahu menggambarkan kisah kemoncahan peneroka ketika hasil pendapatan mereka melambung.

Semoga kali ini peneroka dan anak generasi baru Felda lebih berjimat cermat. Gunakanlah rahmat ini untuk memenuhkan kuota simpanan Koperasi Permodalan Felda (KPF), bukannya berlumba-lumba memenuhkan kuota beristeri baru. 

1Malaysia, 1Felda.

19 December, 2010

KAMPUNG MASJID DAN KEBEBALAN NIZAR

video

Sekitar awal 1970an sewaktu usia kebudakan, saya biasa mengunjungi Kampung Masjid di Pulau Pangkor. Ibu saudara saya, Mak Andak Zaiton berkahwin dengan Pak Ngah Yusof Manan, penduduk tempatan yang bekerja sebagai pemandu teksi di pulau pelancongan itu. Disebabkan begitu manja dengan Mak Andak Zaiton sejak kecil, maka setiap musim cuti sekolah saya selalu mengambil peluang menemuinya di Pulau Pangkor dengan menaiki bot ikan milik tauke Cina dari jeti Bagan Datoh.

Mak Andak dan Pak Ngah Yusof (kedua-duanya sudah meninggal dunia) tinggal di Kampung Teluk Kecil, tak jauh dari Kampung Masjid yang terletak bersebelahan Pekan Pangkor. Setiap kali ke sana, saya tak melepaskan peluang berjumpa rakan-rakan sebaya di Kampung Masjid, sebuah perkampungan setinggan nelayan yang serba daif. Di situ saya bermain getah dan hoki yang kayunya diperbuat daripada dahan pokok. Selain itu saya pergi ke sana untuk menonton TV hitam putih di sebuah rumah nelayan dengan 'tiket' 10 sen.

Saya juga sering pergi ke sebuah gerai kecil di Kampung Masjid yang menjual mee laksa, makanan berkuah ala-Pangkor yang cukup terkenal di pulau itu. Mak Andak Zaiton menggemari makanan itu dan selalu memberikan saya wang untuk membeli beberapa bungkus mee laksa itu.

Tidaklah pula dapat saya pastikan sama ada Zambry Abd Kadir berada dalam kelompok budak-budak sebaya saya yang bermain getah dan hoki atau sama-sama menonton TV di Kampung Masjid ketika itu. Tidak pasti juga samada gerai yang menjual mee laksa itu milik ibu Dr Zambry kerana ibu dan bapa beliau memang terkenal pandai memasak. Jauh sekali dapat saya memikirkan ketika itu bahawa perkampungan nelayan yang penuh dengan kemiskinan ini akan melahirkan seorang pemimpin berjawatan Menteri Besar Perak.

Apa yang saya nampak ketika itu, Kampung Masjid dihuni oleh masyarakat nelayan kaum Melayu yang serba-serbi kekurangan dan berada jauh di bawah paras kemiskinan. Ramai di kalangan mereka bekerja sebagai awak-awak di bot-bot tauke Cina dengan pendapatan tak sampai RM10.00 sehari. Masih dapat saya bayangkan pada awal pagi mereka pulang ke rumah menjinjing seutas tali yang dihujungnya diikat beberapa ekor ikan kembung untuk keperluan keluarga hari itu.

Ketika itu saya tidak faham apa erti setinggan. Apa yang saya nampak hanyalah kesesakan dan kemiskinan. Kini baru saya tahu bahawa beratus-ratus rumah nelayan yang dibina berhimpit-himpit di Kampung Masjid itu adalah rumah setinggan yang tidak bergeran. Mereka membina rumah ditapak tanah milik orang lain, termasuk sebuah rumah tempat Dr. Zambry dilahirkan. Kebanyakan rumah di situ berusia seratus tahun!

Pada tahun 2005, sekali lagi saya berkunjung ke Kampung Masjid. Kali ini bersama Dr Zambry yang ketika itu menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak. Suasana awal 1970an masih wujud di perkampungan nelayan itu tanpa banyak perubahan. Rumah ibu Dr. Zambry yang saya kunjungi tak jauh bezanya dengan rumah-rumah setinggan lain yang sudah acap kali saya lihat sejak lebih 30 tahun lalu.

Inilah sebenarnya perkampungan nelayan yang dipertikaikan oleh bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 1 Disember lalu. Malahan inilah juga yang dijadikan modal ucapan Nizar sejak kebelakangan ini dengan tujuan mahu menjatuhkan maruah dan mengaibkan seorang anak nelayan dari Kampung Masjid yang kini menjadi Menteri Besar menggantikan tempatnya.

Disebabkan rumah ibu Dr. Zambry terletak dalam perkampungan setinggan yang cuba diselamatkan oleh Kerajaan Negeri, maka Nizar mengganggapnya sebagai satu langkah tidak bermoral dari seorang Menteri Besar. Bagi Nizar, mana mungkin seorang bermaruah boleh menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan kedudukan ibunya. Tetapi Nizar tidak pernah memikirkan bahawa perkampungan itu turut dihuni oleh ratusan nelayan lain yang serba miskin dan perlukan pembelaan.

Apa yang diucapkan oleh Dr. Zambry di atas bertujuan menjawab isu perumahan setinggan Kampung Masjid yang dibawa oleh Nizar dalam sessi perbahasan Bajet Negeri Perak 2011. Apa yang saya nampak dalam video di atas hanyalah kebebalan seorang bekas Menteri Besar Perak bernama Nizar Jamaluddin. Namun biarlah dia bebal dengan penjelasan Dr. Zambry, kerana rakyat marhain waima yang berpendidikan rendah sekalipun telah faham situasi sebenar.

Apa yang lebih penting, penduduk setinggan di Kampung Masjid perlu diselamatkan. Semoga tempat kediaman dan kehidupan mereka lebih terjamin dan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Tidak salah rasanya jika seorang Menteri Besar yang kebetulan berasal dari kampung itu menghulurkan bantuan bagi mengeluarkan penghuninya daripada kepompong kemiskinan tegar yang telah mereka alami sejak sekian lama.

06 December, 2010

PIAGAM BARISAN NASIONAL 2010

Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Seri Najib Tun Razak menerima Piagam Barisan Nasional 2010 daripada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin disaksikan ketua-ketua parti komponen BN yang lain pada Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2010.


PIAGAM BARISAN NASIONAL 2010

KAMI Pewaris Bangsa, memperakui betapa para pengasas negara bersatu hati dan berganding bahu, dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara dan mencipta prinsip permuafakatan demi kemakmuran bersama.

Hari ini, kami anak Malaysia, pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

Pertama, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.

Kedua, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1Malaysia.

Ketiga, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara dapat dikecapi bersama.

Keempat, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan serta memastikan pendidikan kebangsaan menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia demi pengukuhan perpaduan nasional.

Kelima, meneruskan tradisi membela rakyat dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai penanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.

Keenam, memajukan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosioekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

Ketujuh, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep "Rakyat Didahulukan" sebagai asas pengwujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

Inilah ikrar dan tekad kami, pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.

Konvensyen Barisan Nasional 2010, Wisma MCA, Kuala Lumpur
5 Disember 2010

02 December, 2010

"DAP JINAK PADA ISLAM" - NIZAR


Saya masih lagi menahan dari tergelak besar apabila Adun Pasir Panjang, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin semasa membahaskan Bajet Perak 2011 di Sidang DUN siang tadi berkata pakatan DAP-PAS-PKR telah dapat membawa parti DAP berjinak-jinak dengan agama Islam.
Apa yang dirasakan oleh Nizar itu mungkin tidak sedikitpun terdetik di hati pemimpin-pemimpin DAP yang sejak azali sememangnya anti terhadap agama Islam. Mungkin disebabkan beberapa pemimpin DAP memetik ayat Al-Quran dalam ucapan dengan niat mendapatkan laba politik, maka Nizar menganggap mereka sudah berjinak-jinak dengan Islam.

Kalau itulah anggapan Nizar, maka sekali lagi beliau cuba menipu penyokong-penyokong PAS mengenai pendirian sebenar DAP terhadap syiar Islam di negara ini. Maka tidak perlulah nanti Nizar ‘melangkah’ mayat Karpal Singh terlebih dulu bagi menegakkan sebuah negara Islam, kerana Pengerusi DAP itu sudah menjinakkan dirinya terhadap agama Allah itu.

"Heeepppp....over my dead body!!!!" - Karpal 



Tidaklah juga perlu Nizar serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain seperti Mursyidul Amnya, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Presidennya, Tok Guru Hadi Awang mengunci mulut mereka lagi dalam soal mahu menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. 
Karpal, Kit Siang dan Guan Eng kini dilihat oleh Nizar sudah dapat dijinakkan kerana anak didik mereka, Nga Kor Meng  betah sekali mengungkapkan ayat-ayat Al-Quran. Ketiga-tiga pemimpin utama DAP itu sudah pasti tidak lagi menghalang pemimpin-pemimpin PAS memperjuangkan matlamat asal penubuhan partinya demi menunjukkan bahawa mereka kini cintakan Islam seperti orang PAS.


"Fucking religion!!!"





Maka tidaklah nanti Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Loke Siew Fook celupar lagi mulutnya mencarutkan agama Islam sebagai ‘fucking religion’ (agama pu**mak) sebab DAP sudah berjinak dengan Islam. Maka berpuas hatilah Nik Aziz kerana DAP yang dulunya beliau benarkan mencarutkan agama Islam kerana parti itu bukan Islam dan tidak faham apa itu Islam, kini sudah khatam ilmu fiqah dan pandai pula baca ayat suci Al-Quran berkat kerjasama DAP-PAS-PKR seperti dakwaan Nizar.

Maka bolehlah pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan menjaja kepada masyarakat Cina bahawa DAP sudah berjinak-jinak dengan Islam berdasarkan pengakuan Nizar itu. Tidak hairan kenapa ADUN Chenderiang (BN-MCA), Dato’ Dr. Mah Hang Soon, ketika mencelah perbahasan Nizar, telah berulang kali meminta Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu membuktikan bahawa DAP sudah berjinak-jinak dengan Islam. (KLIK) 

Nizar mungkin boleh menipu penyokong-penyokong tegar PAS, tetapi penipuannya itu menjerat DAP. Kini kita menunggu pengesahan dari DAP sama ada mereka benar-benar sudah berjinak dengan Islam hasil tarbiah yang dilakukan oleh Nik Aziz dan PAS.

01 December, 2010

LAPORAN SIDANG DUN PERAK (HARI KEDUA)

10.00 pagi  : Sidang dimulakan.
10.07 am  : Masa untuk soalan lisan terganggu apabila wakil pembangkang mengemukakan perintah tetap bagi mempertikaikan beberapa perkara mengenai soalan yang berulang, pintu masuk ke Dewan dan wartawan yang ditempatkan di tingkat atas.
10.17 am  : Adun Pantai Remis terus buat kecoh. Masa untuk menjawab soalan lisan yang ditetapkan sejam sudah membazir lebih 15 minit. Soalan lisan lebih penting kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat.
10.20 am  : Adun Hulu Kinta mengemukakan soalan 1. Tetapi Adun Sitiawan (DAP) Ngeh Ko Ham pula mengambil giliran mengganggu.
10.23 am : Soalan 1 belum lagi berjawab. Masa dah berlalu 22 minit. Speaker meminta Adun Hulu Kinta mengemukakan soalan semua. MB memulakan jawapan soalan yang berkaitan program penggalakan golongan muda melibatkan diri dalam bidang pertanian.
10.33 am  : Pantai Remis (DAP) mengemukakan soalan 2  berkaitan dengan defisit Kerajaan Negeri dan hutang Kerajaan Negeri mengikut tahun mulai 1999 hingga 2010. MB bangun dan berkata akan menjawab secara terperinci soalan itu kerana ianya telah dijadikan senjata oleh Adun Pantai Remis mengelirukan rakyat sebelum ini. ADUN Sitiawan (DAP) mengganggu seolah-olah takut MB mendedah dan memperjelaskan kekeliruan yang telah mereka buat di luar Dewan sebelum ini. Suasan dewan kecoh. Ngeh dan Nga nampak seperti cuba menghalang MB menjawab kekeliruan yang telah mereka timbulkan di kalangan rakyat.
10.43 am : MB berpeluang semula menjawab soalan Pantai Remis. Kini giliran ADUN Tronoh (DAP) pula mengganggu.
11.07 am : Masih lagi dengan soalan 2. Nampaknya hari ini hanya 2 soalan lisan yang berjawab.
11.21 am : Tempoh soalan lisan tamat. Hanya 2 soalan dijawab. Masa untuk perbahasan Bajet 2011.
11.24 am : Speaker menjelaskan pembahas pertama dari kerajaan dan pembangkang diberi masa tidak lebih 30 minit, sementara pembahas lain selama 15 minit. Beliau memaklumkan juga bahawa perbahasan bajet dibuat selama dua hari hingga esok dan Sidang Dewan kali ini akan berlangsung selama 4 hari sehingga Jumaat.

11.26 am : Adun Temengor (BN) Dato' Hasbullah Osman memulakan perbahasan menyokong Bajet Perak 2011.